Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 20 November 2010

KURSUS KESEDARAN KESELAMATAN KAWASAN SEJIRAN DAN PENGENDALIAN SKIM RONDAAN SUKARELA 2010



Pada 20.11.2010, Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud yang terlibat dengan SRS telah mengikuti Kursus Kesedaran keselamatan Kawasan Sejiran Dan Pengendalian Skim Rondaan Sukarela bagi Zon Daerah Tuaran, Kota Belud, Ranau dan Kundasang.
KRT SRS Taman Nikmat salah satu kawasan untuk menghadiri kursus ini. Kursus ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB. Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah, Merangkap ADUN N.09 Tamparuli. Tetamu Khas yang hadir pada program ini ialah Ybh. Puan Nurul Akmalina Samsuddin, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi nasional Negeri Sabah, Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Penolong Pengarah Unit SRS JPNIN dan Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan