Salam Perpaduan
Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.
"Jiran Sepakat Membawa Berkat"
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI
Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!
Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.
Sekian.
"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"
Mahmudin Hj Md Onon
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga
Taman Nikmat Kota Belud
Khamis, 27 Mei 2010
Lawatan Integrasi Nasional Dari Semenanjung, Sarawak dan W.P. Labuan ke Daerah Kota Belud
Pada 27 Mei 2010, satu lawatan Integrasi Nasional dari Semenanjung,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah singgah di daerah Kota Belud. Seramai 66 orang peserta lawatan telah tiba selamat sebelum meneruskan perjalanan lawatan ke Daerah Kota Marudu.
Lawatan ini adalah bersempena Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan yang merupakan sambutan tahunan bagi Negeri Sabah. Ketua rombongan lawatan ini diketuai oleh En. Marhadi M. Ardin dari Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah.
Dalam lawatan ini juga, peserta telah disambut oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah En. Bisi Bin Jamit, Cik Marry Tai, Pengerusi-Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kota Belud dan guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Kota Belud.
Para peserta rombongan lawatan ini telah diraihkan dengan jamuan makan di Restoran KB Transit Kota Belud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan