




Pada 9 hingga 12 Julai 2010, telah berlangsung Program Kreativiti dan Inovasi Jiran Muda Sabah, Sarawak dan w.p Labuan tahun 2010 anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Malaysia (JPNIN), Minister of Science Technology Information (MOSTI), dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Program ini telah berlangsung di Kompleks Ujana Kewangan W.P Labuan.
Seramai 5 orang peserta Jiran Muda KRT Taman Nikmat telah terpilih dan dihantar bagi menyahut cabaran dalam pertandingan Inovasi dan Kreativiti ini. Senarai nama ahli kumpulan "Young Inovationer" ialah:
Mohd Anuar Bin Samsudin
Ahmad Fikhri Bin Mahamudin
Muhd. Syafie Bin Zainal Abidin
Nasratul Aiman Bin Nasarudin
Datu Mohd Haziq Bin Mohd Sidek
Peserta Jiran Muda ini telah mendapat Johan dalam Pertandingan Kreativiti Jiran Muda bagi Zon Sabah. Diucapkan Syabas dan tahniah kepada kelima-lima peserta ini.
Mereka telah menghasilkan produk bernama
"SABERGENCY LIGHT". Produk ini ialah produk inovasi lampu pemantul kecemasan ketika di jalan raya. Mengubah daripada pemantul kepada pemantul bercahaya, telah cukup untuk melayakan mereka mendapat Johan untuk pertandingan ini. Mereka telah menghasilkan satu ciptaan Inovasi yang sangat berguna kepada masyarakat terutama pengguna jalan raya. Syabas diucapkan kepada Jiran Muda KRT Taman Nikmat Kota Belud.