Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Isnin, 12 Julai 2010

JIRAN MUDA KRT TMN NIKMAT MEWAKILI KOTA BELUD KE PROGRAM KREATIVITI DAN INOVASI JIRAN MUDA SABAH, SARAWAK DAN W.P LABUAN ANJURAN JPNIN, MOSTI DAN YIM












Pada 9 hingga 12 Julai 2010, telah berlangsung Program Kreativiti dan Inovasi Jiran Muda Sabah, Sarawak dan w.p Labuan tahun 2010 anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Malaysia (JPNIN), Minister of Science Technology Information (MOSTI), dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Program ini telah berlangsung di Kompleks Ujana Kewangan W.P Labuan.

Seramai 5 orang peserta Jiran Muda KRT Taman Nikmat telah terpilih dan dihantar bagi menyahut cabaran dalam pertandingan Inovasi dan Kreativiti ini. Senarai nama ahli kumpulan "Young Inovationer" ialah:

Mohd Anuar Bin Samsudin
Ahmad Fikhri Bin Mahamudin
Muhd. Syafie Bin Zainal Abidin
Nasratul Aiman Bin Nasarudin
Datu Mohd Haziq Bin Mohd Sidek

Peserta Jiran Muda ini telah mendapat Johan dalam Pertandingan Kreativiti Jiran Muda bagi Zon Sabah. Diucapkan Syabas dan tahniah kepada kelima-lima peserta ini.

Mereka telah menghasilkan produk bernama "SABERGENCY LIGHT". Produk ini ialah produk inovasi lampu pemantul kecemasan ketika di jalan raya. Mengubah daripada pemantul kepada pemantul bercahaya, telah cukup untuk melayakan mereka mendapat Johan untuk pertandingan ini. Mereka telah menghasilkan satu ciptaan Inovasi yang sangat berguna kepada masyarakat terutama pengguna jalan raya. Syabas diucapkan kepada Jiran Muda KRT Taman Nikmat Kota Belud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan