Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 7 Januari 2011

Majlis Rumah Terbuka Krismas Perpaduan 1 Malaysia


Pengerusi KRT Taman Nikmat dan Pengerusi KRT Labuan bersama Cik Mary Tai,En. Bisi Jamit.

Ucapan Perasmian daripada Yb. Datuk Herbert Timbun Lagadan

Ucapan Alu-aluan dari Ybgh. Cik Nurul Akmalina Samsudin


Jamuan Makan


KRT Taman Nikmat menyediakan jamuan minuman

Pada 7.1.2011 bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud, Majlis Rumah Terbuka Krismas Perpaduan 1 Malaysia anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kota Belud dan Jawatankuasa Permuafakatan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Herbert Timbun Lagadan,Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Negeri Sabah.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB. Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan, Ahli Parlimen P.169 Kota Belud, Ybh. Puan Nurul Akmalina Bt. Hj Shamsudin, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, Ybh. En. Charles Dabbi, Penolong Pegawai Daerah (pembangunan), En. Md. Bisi Bin Jamit, Cik Marry Tai, Pegawai Perpadun Daerah Kota Belud, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah Kota Belud.

Antara program yang diadakan ialah Persembahan Koir Krismas, Persembahan Tarian Kebudayaan dan lagu-lagu dan penyampaiian cenderakenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan