Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 16 Jun 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KETUJUH DIKEDIAMAN PENOLONG SETIAUSAHA KRT TAMAN NIKMAT EN.JAINUDIN BIN BUJANG








Pada 16 Jun 2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan program Ziarah Jiranku Keluargaku yang ketujuh bertempat di kediaman En. Jainudin Bin Bujang. Ini adalah Program mingguan yang diadakan dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat ini.

Antara pengisian ini solat magrib dan Isya berjemaah, bacaan Yassin, Tahlil dan Tazkirah pada malam tersebut telah di sampaikan oleh Ustaz Aziz megingati Kenikmatan dan pemberian dari Allah. Turut hadir pada majlis ini Pengerusi KRT, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud En.Suhaindo Rambayau, AJK KRT, Jiran Muda KRT dan Warga KRT Taman Nikmat.

Untuk makluman kepada AJK dan Warga KRT Taman Nikmat, Program Ziarah Jiranku Keluargaku yang kelapan akan diadakan pada 23 Jun 2011 di kediaman En. Jawadi Belun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan