Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 19 Januari 2012

MAJLIS RAMAH MESRA KRISMAS DAN TAHUN BARU 2012 RUKUN TETANGGA DAERAH KOTA BELUD








Pada 14 Januari 2012 bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud, Majlis Ramah Mesra Krismas dan Tahun Baru 2012 Rukun Tetangga Daerah anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Jawatankuasa Permuafakatan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Herbert Timbun Lagadan, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Penguna Negeri Sabah. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan, Ahli Perlimen P.169 Kota Belud, YB Datuk Hj Musbah Hj Jamli ADUN Tampasuk Kota Belud, En Marhadi Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Negara, DSP Mohan Ketua Polis Kota Belud, En. Md Bisi Jamit Pegawai Perpaduan Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Perseketuan, Pengerusi-pengerusi KRT, Warga-Warga KRT dan Penduduk setempat Daerah Kota Belud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan