Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 23 Mac 2012

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU FASA KEDUA DIKEDIAMAN EN.MAHMUDIN HJ MD ONON PENGERUS KRT TAMAN NKMAT KOTA BELUD







Pada 22 Mac 2012, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan Program Ziarah Jranku Keluargaku fasa kedua. Program Ziarah jiranku keluargaku dikediaman En.Mahmudin Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat.

Antara Pengisian program ini Solat Magrib dan isya berjemah, Bacaan yassin, tahlil dan tazkirah. Bacaan Doa , yassin dan tahlil di pimpin oleh Ustaz Hamdan manakalah Tazkirah telah di sampaikan oleh En. Nasdin Pumpunga. Tajuk Tazkirah Fadilat membaca surah yassin.

Tetamu kehormat dalam program ini Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Bisi Jamit dan d hadiri oleh AJK KRT, Jiran Wanita, Jiran Muda dan warga KRT Taman Nikmat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan