Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 13 April 2012

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU (FASA KE 2) DI KEDIAMAN EN RAHIM SAHALI




   Pada 12 April 2012 Program Ziarah Jiranku Keluargaku fasa ke 2 telah berlangsung di kediaman En. Rahim Sahali Bendahari KRT Taman Nikmat. Pengisian program Solat Magrib dan Isyak berjemah , Bacaan Yassin , Tahlil dan  Doa yang mana di pimpin oleh Ustaz Jefrey. Manakalah Tazkirah di sampaikan oleh En. Nasdin Pumpunga, Tajuk Tazkirah Hak dan Kewajipan seorang Muslim kepada orang muslim.

   Turut hadir dalam program ini Penolong Pegawai Pendidikan Daerah En. Azral Bin Hj Sekal , Pengerusi KRT
AJK KRT , Jiran Wanita , Jiran Muda , Tunas Jiran dan Jiran Setempat. Untuk makluman kepada Warga KRT Taman Nikmat program Ziarah JIranku Keluargaku yang keempat di kediaman Cigu Bahrom Hasyim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan