Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 1 Jun 2012

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU FASA KEDUA YANG KE TUJUH DI KEDIAMAN CIKGU MOHD SAH JUANG



 

     Pada 31 May 2012, Program Ziarah Jiranku Keluargaku bertempat di kediaman Cikgu Mohd Sah Juang. Antara pengisian program Solat magrib dan Isyak berjemaah, Bacaan Yassin dan Tahlil di Pimpin oleh Imam Daerah Kota Belud Yang Berbahagia Tuan Hj Madli Bin Hj Mansur dan beliau seterusnya menyampaikanTazkirah yang bertajuk kesebaran dan ujian untuk mendapat redha serta pahala dari Allah.

Antara tetamu yang hadir dalam program ini Pengerusi KRT, AJK KRT, Jiram Muda, Tunas Jiran, Jiran Wanita dan warga setempat. Untuk makluman kepada warga KRT Taman Nikmat program Ziarah Jiranku Keluargaku yang ke lapan akan di maklumkan kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan