Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 16 November 2013

PROGRAM CRIME AWARENESS DAY 2013 / KEMBARA BERMOTOSIKAL DAN PENERIMAAN SIJIL PENGHARGAAN
















     KOTA BELUD  Program Crrime Awareness Day 2013 dan Kembara Bermotosikal serta Penyampaian Sijil Penghargaan telah dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud. Dalam Program ini Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud  En. Md Bisi B. Jamit dan Tiga orang Pengerusi KRT menerima Sijil Penghargaan antaranya En. Mahamudin Hj Md Onon Pengerusi KRT Taman Nikmat , En. Sibil Uli Pengerusi KRT Kg Labuan dan Pengerusi KRT Kg Kinasaraban Puan Dianah Salagan. Sijil-sijil penghargaan telah di sampaikan oleh YDH Hj Hamzah Bin Taib Pesuruhjaya Polis Sabah. Program ini diadakan diperkarangan Majlis Daerah Kota Belud. Selain daripada penyampaian sijil penghargaan pengisian program senamrobik , persembahan tarian kebudayaan , Cabutan tiket bertuah , hadiah utama Di Dermakan oleh Ahli Perlemen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Datuk Hj Dahlan , pertunjukan T-Baton, Gerai pameran PDRM , AADK , PENTARA , JAPAM , RELA , AMAANITA , unit Rondaan Bermotosikal dari IPD Kota Kinabalu dan IPD Penampang , Persembah Pancaragam PDRM Dermah Darah dari Unit Tabung Darah Hospital Kota Belud. Program ini telah di Rasmikan Oleh YB Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Speaker DUN / ADUN N8 Usukan.
        Antara yang hadir dalam program ini YDH Dato Wira Hj Hamzah Bin Taib Pesuruhjaya Polis Sabah , Dato Wira Ayub Bin Hj Yakub  Pengarah Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah , Timbalan Pesutuhjaya Polis Sabah , DSP Mohan Nadesan Ketua Polis Kota Belud , Ketua-Ketua Polis Daerah ,Pegawai Daerah Kota Belud Tuan Hj Abdul Gari Itam , Pegawai-Pegawai Kanan PDRM , Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan  , Pengerusi - Pengerusi NGO , Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, AJK KRT Daerah Kota Belud dan Penduduk setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan