Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 2 Mac 2013

PERTANDINGAN STREET SOCEER TERBUKA KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT 2013


Pada 2 hingga 3 Mac 2013 Pertandingan sukan Street Soceer terbuka Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Bertempat di gelangang permainan bola keranjang. Perasmian disempurnakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En.. Bisi Bin Jamit, dalam ucapannya beliau menyatakan program sukan Street Soccer dapat membentuk semangat muhibah , kerjasama dan setia kawan di kelangan ahli-ahli dan jiran muda dalam Kawasan Rukun Tetangga dan ianya dapat merialisasikan konsep Jiranku Keluargaku ke arah Malaysia cergas , sehat dan bersatu.

Dalam pertandingan Street Soceer ini sepuluh kumpulan telah menyertai ,  En. Bisi Jamit telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang. Keputusan pertandingan Johan Kumpulan Malaysia Terbilang , Naib Johan Kumpulan Malaysia Cemerlang dan Ketiga kumpulan Malaysia Maju.

Turut hadir dalam pertandingan ini Pengerusi KRT En. Mahamudin Hj Moh Onon , Timbalan Pengerusi En Asran Hj Suin , Setiausaha KRT En. Nasdin Pumpunga , Penyelaras Jiran Muda En Abel Mustapha , Penyelaras Tunas Jiran En Masran Talib , AJK , Jiran Muda , Tunas Jiran , Jiran Wanita  dan Warga setempat.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan