Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 7 Jun 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL 3 PENJURU ANTARA JIRAN MUDAKRT TAMAN NIKMAT, KRT HOSPITAL KOTA BELUD DAN PEMUDA KG.LANDUNG AYANG KUDAT

Satu perlawanan persahabatan futsal 3 penjuru telah diadakan di gelanggang Futsal Arena Tuaran pada  7 Jun 2013. KRT Taman Nikmat telah menghantar pasukan Jiran Muda Taman Nikmat Futsal Club (JMTN FC) dan dua lagi pasukan iaitu wakil KRT Hospital Kota Belud dan Pemuda Kg. Landung Ayang Kudat yang di wakili oleh Bantingal FC. Turut serta dalam perlawanan ini Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Bin Mustapha dan Setiausaha KRT Hospital Kota Belud En. Abbas.
Perlawanan berlangsung tepat jam 8.00 malam dimana perlawanan bergilir dengan pertembungan kesemua pasukan. JMTN FC telah memberikan komitmen 100 % dalam memberi saingan kepada kedua-dua pasukan. Statistik perlawanan pasukan JMTN FC berjaya menguasai gelanggang dan membuat hantaran pendek dengan lebih cekap seterusnya menyukarkan bagi pihak lawan untuk mengatasi corak permainan JMTN FC. Keseluruhannya, Pasukan Jiran Muda Taman Nikmat FC (JMTN FC) mendapat satu kemenangan dan satu seri. Tahniah kepada JMTN FC.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan