Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Isnin, 16 Jun 2014

PROGRAM ANAK ANGKAT SEMPENA SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT NEGERI SABAH 14 HINGGA 15 JUN 2014 DI DAERAH KOTA BELUD














KOTA BELUD pelbagai program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah bertempat di Tamu Mingguan Kota Belud. Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat tidak ketinggalan menyertai sambutan minggu Perpaduan dengan mengambil  anak-anak angkat dari Daerah Sandakan, Kunak dan Kuala Penyu. Semasa anak-anak angkat ini berada dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah mengadakan Majlis Malam Mesra dan makan Malam bersama anak- anak angkat dan warga. Program Majlis bersama anak angkat ini telah di hadiri oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Hj Md.Onon , Setiausaha KRT En Nasdin Pumpunga , Bendahari KRT En. Rahim Sahali ,Pengerusi Jiran Wanita Pn. Nuhati Hj Ansad , Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha , Penyelaras Tunas Jiran En,. Masran Talib dan AJK KRT Taman Nikmat. Pada Majlis Malam Mesra yang diadakan di keidaman Pengerusi, Pengerusi KRT taman Nikmat dan warga mengalu-alukan kedatangan mereka dan berharap silaturahim yang  baru terjalin ini akan berkekalan selamanya.
       Pelancaran Minggu Perpaduan ini telah di sempurnakan Oleh YB Tan Sri DSP Joseph Kurup Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Dalam sambutan  ini Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah menerima Anugerah Cemerlang Skim Rondaan Sukarela yang mana di sampaikan oleh YB Tan Sri DSP Joseph Kurup. Program ini diisikan dengan Pameran dari KRT Daerah-Daerah dan Ajensi Kerajaan ,pertandingan masakan dan gubahan Bunga, Derma Dara dari Hospital Kota belud dan perogram untuk anak-anak Tabika Perpaduan.
       Majlis Pelancaran telah di hadiri oleh YB Tuan Ukoh @ Jeremy Bin Malajad , Timbalan Ketua Pengarah JPNIN , Pengarah JPNIN Sabah YBHG Pn. Delin Liet Blaun , YBHG Tuan Hj Abdul Gari Bin Itam , Pegawai Kanan JPNIN , Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan , Pengerusi - Pengerusi KRT Warga KRT seluruh Sabah dan penduduk setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan