Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 31 Ogos 2014

KEMBARA SANTAI MERDEKA TAMAN NIKMAT BERGABUNG MERAIKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 57

Pagi Hari Kebangsaan ke 57 ini disamubut dengan pengisian Program Kembara Santai Merdeka oleh KRT Taman Nikmat Kota Belud. Program ini adalah program gabungan antara KRT Taman Nikmat dan KRT Kinasaraban Kota Belud. Dianggarkan seramai 65 peserta telah menyertai kembara berjalan kaki yang bermula dari KRT Kinasaraban dan berakhir di KRT Taman Nikmat. Peserta terdiri dari kedua-dua KRT AJK Tertinggi, Jiran Wanita dan Jiran Muda.
Tepat 6.30 pagi, peserta telah dilepaskan dan memulakan kembara berjalan kaki. Keselamtan kembara dipantau dan para peserta berjalan kaki di sepanjang jalan raya menuju ke KRT Taman Nikmat. Para peserta kembara dilihat begitu bersemangat dengan menyanyikan lagu kemerdekaan dan patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang bendera Kebangsaan Malaysia di sepanjang pengembaraan.
Disepanjang pengembaraan berjalan kaki ini banyak pengajaran yang boleh diambil oleh peserta program. Mengingati kembali Peristiwa Kawad Maut Sandakan (Sandakan Death March) yang berlaku ketika zaman penjajahan dahulu cukup untuk kita mesti melindungi negara kita dari dijajah lagi. Para tawanan telah dipaksa berjalan kaki, diacukan senapang dan dipukul dari Ranau sehingga ke Sandakan. Tema "Disini Lahirnya Sebuah Cinta", sememangnya memberi impak yang sangat besar untuk rakyat terutama peserta kembara generasi baru seperti Jiran Muda dan Tunas Jiran untuk terus mempertahankan Tanah Air ini di masa hadapan. Aktiviti pertukaran bendera Jalur Gemilang diantara KRT Taman Nikmat Dan KRT Kinasaraban dilakukan dengan diwakili oleh kedua-dua Pengerusi.
Turut serta didalam pengembaraan ini Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudi Hj. Mohd. Onon, Pengerusi KRT Kinasaraban Naim Angkat, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Mustapha, Penyelaras Jiran Muda KRT Kinasaraban Edward Dunit, Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Nikmat Pn. Nuati Adsad, Pengerusi Jiran Wanita KRT Kinasaraban Pn. Dyanna Salagan, Penyelaras Tunas Jiran KRT Taman Nikmat En.Masran Talib, Penyelaras Tunas Jiran KRT Kinasaraban Musia Angkat, Ajk Tertinggi KRT Taman Nikmat Dan KRT Kinasaraban serta penduduk setempat.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan