Menurut pengerusi KRT Taman Nokmat En Mahamudin Bin Hj Mohd Onon, Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan masa. Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.
Turut hadir di dalam pelawanan ini Pengerusi KRT Hospital Kota Belud nE. Mohd Basri Bin Lalah, En Simon Guntalib pensyarah bahagian jasmani, En Mohd Azlie Abdullah Pengurus pasukan IPG Kent, En Abel Mustapha penyelaras jiran muda KRT Taman Nikmat, En Rubin Mesilung penyelaras jiran usia emas KRT hospital dan Puan Nuati Adsad penyelaras jiran wanita KRT Taman Nikmat.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan