Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 13 Disember 2016

UKWAH PERSAHABATAN TENNISSEMPENA SAMBUTAN MAULIURASUL KRT TAMAN NIKMAT BERSAMA MORNING GLORY TENNIS

Bertempat di Gelanggang Tennis Kompleks Sukan Likas telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Tennis Sempena Maulidur Rasul diantara KRT Taman Nikmat Kota Belud dan Kelab Tennis Morning Glory Kota Kinabalu.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, perlawanan persahabatan ini adalah bertujuan menjalinkan silaturahim dan berkenal-kenalan dengan komuniti luar daerah. Sekaligus dapat membuka minda dengan bertukar tukar pandangan dan pendapat dari segala sudut. Di samping itu pengerusi juga meningingatkan bahawa Rasullah SAW juga menekankan kepada umat islam untuk cintakan kedamaian dan keharmonian sesama manusia. Oleh itu, sukan merupakan salah satu medium yang sanagat baik untuk menyatu padukan komuniti.

Selain itu, Presiden Morning Glory Dr. Nasip Eli juga memberitahu bahawa sukan Tennis ini semangnya sukan yang sanagt seronok dan sebenarnya mencabar untuk dimainkan. Beliau menggalakkan agar lebih ramai lagi mencuba untuk mempelajari sukan ini. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada KRT Taman Nikmat Kota Belud Kerana sudi bertandang ke Kota Kinabalu dan memuji akan KRT Taman Nikmat dapat menghidupkan sukan ini di Daerah Kota Belud khususnya.

Ahli-ahli Kelab Tennis Morning Glory terdiri dari Pegawai-pegawai kanan jabatan dan juga ahli koprat. KRT Taman Nikmat pula diwakili oleh Jiran Muda dan Jiran Usia Emas.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan