Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 30 Ogos 2018

SAMBUTAN MALAM AMBANG MERDEKA 2018 KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD

Lazimnya KRT Taman Nikmat akan menyambut hari bersejarah bagi rakyat Malaysia iaitu Hari Kebangsaan. Justru itu, KRT Taman Nikmat tidak pernah lupus untuk program program yang diatur dan dijayakan bagi menyemarakan lagi bahang sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat, En. Mahamudin Bin Hj Mohd Onon berkata sepanjang didalam menyambut bulan Kebangsaan ini dengan pelbagai program telah diatur. Dengan pengisian program program kemasyarakatan begini setidaknya penduduk KRT Taman Nikmat tidak terasing untuk menyambut Hari Merdeka di tempat sendiri. Memfokuskan didalam kehendak dan rentak kotak pemikiran anak anak  generasi baru adalah juga satu cabaran yang terkini. Gaya hidup anak anak era kini bukan seperti di abad abad yang lalu. Oleh itu, pendedahan kepada Jiran Muda akan pentingnya menghayati Hari Kebangsaan ini juga perlu dilakukan oleh masyarakat sekeliling dan bukan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada institusi pendidikan sahaja. Dengan adanya aktiviti fizikal dan berinteraksi tidak mengira peringkat umur dapat membentuk suasana hormat menghormati dan kesepaduan dalam masyarakat.

Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En Bisi Bin Jamit dalam ucapan beliau juga menekankan akan pentingnya kesepaduan dalam sesebuah komuniti. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab keseluruhan sesebuah komuniti untuk saling hormat menghormati dan berkerjasama agar nilai murni yang kita kecapi kini tidak ditelan zaman. Beliau seterusnya merasmikan Majlis Malam Ambang Merdeka 2018 Peringkat KRT Taman Nikmat Kota Belud.

Menanti detik emas 12 tengah malam, beberapa program yang telah disediakan kepada penduduk KRT Taman Nikmat. Antaranya, pertandingan nyanyian lagu lagu patriotik. Yang menariknya, 10 peserta mengambil bahagian dan kesemuanya peserta daripada Jiran Muda. Pertandinagan telah diadili oleh juri jemputan iaitu En. Zainal Abidin Ahmad dan En. Rahim Sahili Wahit,

Selepas itu, acara penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti aktiviti di dalam sepanjang bulan kebangsaan ini. Bagi acara sukan Sepak Takraw dimenangi oleh pasukan Harapan Juara, Naib Johan pasukan Daras dan tempat ketiga pasukan Tepak Bubur. Acara Street Soccer pula dimenangi oleh Geng Karas, tempat kedua pasukan Thirty7 FC dan ketiga dimenangi oleh Urusetia FC . Acara kanak kanak juga dipertandingkan iaitu pertandingan mewarna hari kebangsaan yang dimenangi oleh adik Rauah Reati Ramli. Tempat kedua adik Siti Zulaikha Rajin dan ketiga Nur Sumayyah Sharul Nizam. Untuk pertandingan nyanian lagu lagu patriotik pula, johan disandang oleh adik Zaza Jamri, tempat kedua adik Alessandra dan ketiga adik Ilyana Sazlin. Anugerah Pemain Berbakat Sepak Takraw diberikan kepada adik Afiq Awang dan adik Faiz Adis. Anugerah khas sempena hari kebangsaan turut diadakan dan diberikan kepada Adik Zul Aslan Jaslin sebagai hadiah khas Jiran Muda Contoh peringkat KRT Taman Nikmat. Kesemua hadiah dan sijil penyertaan disampaikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud.

Detik 12 Malam tanggal 31 Ogos laungan Merdeka sebanyak 3 kali kedengaran yang dipimpin oleh Pegawai Perpaduan daerah Kota Belud, Seterusnya diiringi Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Turut Hadir Timbalan Penegrusi KRT Taman Nikmat En Asran Bin Hj Suin, Setiausaha En. Abel Bin Mustapha, Ketua Penyelaras Jiran Wanita Puan Nuatu Adsad, Ketua Penyelaras Jiran Muda En Zakaria Jamlin, AJK Tertinggi KRT Tamkan Nikmat, Pengerusi KRT Hospital Kota Belud En Fadli dan warga KRT Taman Nikmat 

                                          Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku

                                     Ucapan Alu Aluan Pengerusi KRT Taman Nikmat

                                            Ucapan Perasmian Pegawai Perpaduan Daerah

                                      Peserta Nyanian Lagu Lagu Patriotik Adik Alessandra

                                                                          peserta
                                              Johan Pertandigan Mewarna Kanak kanak

                                               
Johan Sepak Takraw

Johan Pertandiangan Street Soccer 


                                                  Anugerah Khas Jiran Muda Contoh

                                               Pemenang Ketiga Nyanyian Lagu Patriotik

                                                   Tempat ke 2 Nyanyian lagu patriotik

                                                      Johan Nyanyian lagu patriotik




                                                               Pasukan sepak takraw

                                                               pasukan street soccer




Rabu, 25 Julai 2018

PERLAWANAN PERSAHABATAN SEPAK TAKRAW KRT TAMAN NIKMAT BERSAMA JHEINS KOTA BELUD


Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud telah mengadakan perlawanan persahabatan Sepak Takraw bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kota Belud bertempat di gelanggang sepak takraw KRT Taman Nikmat.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamuddin Bin Hj Mohd Onon, sukan merupakan wadah dalam mengintegrsi masyarakat berbilang agama dan kaum. Mana mana agama dan kaum tidak melarang kita beriadah dan bersukan malah menggalakkan lagi agar seluruh umat manusia berada dalam keadaan sihat sejahtera. Selain itu, Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai etnik memang dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat dan sekali gus dapat mengeratkan lagi perpaduan didalam masyarakat. Adalah juga menjadi harapan besar untuk menjadi inspirasi kepada komuniti sekitar dan keseluruhannya.

Turut hadir sama Tuan Madran Bin Abd Rahman, Penyelaras Masjid Daerah JHEAINS Kota Belud, Imam Daerah Kota Belud Ustaz Hj Madli Bin Hj Mansur, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj Suin, Setiausaha KRT Taman Nikmat En Nasdin Bin Pumpunga, Bendahari KRT Taman Nikmat En. Rahim Bin Sahali, warga KRT Taman Nikmat dan Warga JHEAINS. 










Khamis, 28 Jun 2018

PROGRAM ZIARAH SENTUHAN KASIH SYAWAL KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD

Dalam merasa kegembiraan menyambut Hari Raya Aidililfitri, tidak dilupakan juga kepada saudara yang diuji. Oleh itu, bersulamkan dasar persaudaraan menyambut Syawal, Ahli Jawatankuasa KRT Taman Nikmat telah mengadakan Program Ziarah Sentuhan Kasih yang mana program berorientasikan kasih sayang sesama insan.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat, Program ini membantu dalam masayarakat hidup berjiran untuk mengambil berat dan tahu keadaan jiran jiran setempat yang di timpa kesusahan. Kita tidak mahu kita hidup berjiran hanya bersama ketika senang sahaja dan lupa ketika susah dengan tidak mengira apa pun agama dan bangsa. Jadilah masyarakat yang penyayang kerana dengan sikap terpuji ini waimah kesusahan apapun yang terjadi, pasti dapat meringankan beban yang ditanggung.

Program Ziarah Sentuhan Kasih Syawal juga melawat salah seorang Ahli Jawatankuasa KRT Taman Nikmat yang telah lama tidak sihat En. Jainuddin Bin Bujang. Beliau merupakan AJK KRT yang berdidikasi dan banyak jasa disumbangkan sepanjang bersama menjadi AJK KRT Taman Nikmat. Menjadi peranan jiran untuk memastikan dalam mengetahui perkembangan kesihatan beliau. AJK KRT Taman Nikmat dan warga juga selalu mengambil berat dengan keadaan kesihatannya. AJK juga melawat rakan rakan jiran lain yang kurang bernasib baik dengan membawa tiupan kata semangat agar warga KRT Taman Nikmat terus bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian.




Selasa, 19 Jun 2018

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018 PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD


KRT Taman Nikmat meneruskan tradisi Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2018.

Pengerusi KRT Taman Nikmat berasa gembira dan teruja dengan majlis rumah terbuka kali ini. Beliau berpesan agar Majlis Rumah Terbuka dan undangan terbuka ini harus diterima dengan juga hati yang terbuka sekali gus  membolehkan sifat saling memaafkan terjadi di samping mengukuhkan hubungan mahabbah dan ukhuwah berlaku. Pokok asas ini penting kerana ia melambangkan rumah terbuka bukan sekadar majlis makan-makan saja.


Dalam bergembira, ingatan juga jangan ditinggalkan golongan tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang ditimpa musibah.

Bagi warga En. Fung Tian Bun, jiran adalah rakan yang menggantikan keluarga kerana jiran 
boleh menjadi tempat meminta bantuan keselamatan dan hal-hal kecemasan . Oleh itu, amat penting menghormati jiran dan mengekalkan hubungan harmoni tidak mengira agama, bangsa dan suku kaum.

Turut hadir Timbalan Pengerusi En. Asran Hj. Suin,  Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, Penyelaras Jiran Wanita Pn. Nuati Adsad, Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi dan warga setempat.