Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 19 Jun 2018

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018 PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD


KRT Taman Nikmat meneruskan tradisi Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2018.

Pengerusi KRT Taman Nikmat berasa gembira dan teruja dengan majlis rumah terbuka kali ini. Beliau berpesan agar Majlis Rumah Terbuka dan undangan terbuka ini harus diterima dengan juga hati yang terbuka sekali gus  membolehkan sifat saling memaafkan terjadi di samping mengukuhkan hubungan mahabbah dan ukhuwah berlaku. Pokok asas ini penting kerana ia melambangkan rumah terbuka bukan sekadar majlis makan-makan saja.


Dalam bergembira, ingatan juga jangan ditinggalkan golongan tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang ditimpa musibah.

Bagi warga En. Fung Tian Bun, jiran adalah rakan yang menggantikan keluarga kerana jiran 
boleh menjadi tempat meminta bantuan keselamatan dan hal-hal kecemasan . Oleh itu, amat penting menghormati jiran dan mengekalkan hubungan harmoni tidak mengira agama, bangsa dan suku kaum.

Turut hadir Timbalan Pengerusi En. Asran Hj. Suin,  Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, Penyelaras Jiran Wanita Pn. Nuati Adsad, Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi dan warga setempat.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan