Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 6 Ogos 2019

PROGRAM KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH (PDRM) IPD KOTA BELUD PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD 2019


Seperti tahun tahun sebelum ini KRT Taman Nikmat Kota Belud tidak pernah untuk menganjurkan kempen kempen berteraskan perpaduan. Sehubungan dengan itu, sempena berada didalam bulan kemerdekaan ini KRT Taman Nikmat telah mengadakan program Kempen Kibar Jalur Gemilang untuk peringkat kawasan perumahan. Selain itu, turut diadakan ceramah berkenaan pencegahan jenayah daripada PDRM IPD Kota Belud yang disampaikan oleh Sjn Zainudin.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd. Onon berkata, program sebegini amat perlu dikekalkan agar semangat patriotik dan cintakan tanah air terus tersemat didalam sanubari. Keutamaan kita juga kepada genarasi muda ketika ini dimana dapat dilihat cabaran yang dihadapi amat tinggi sekali. Jika tidak ada sebarang usaha untuk dibwa diperingkat masyarakat ini, dikhuatiri semanagt ini akan pudar dan lenyap dengan sendirinya. Kita mahu agar program program sebegini menjadi program yang wajib bukan sahaj disini, malah jika boleh di seluruh negeri ini khususnya. Kita negara dan negeri yang merdeka, tinggal lagi dengan memupuk semangat cintakan negara dapat menjadi benteng yang ampuh.

Turut Bersama didalam program ini  Timbalan Pengerusi KRT En. Asran Bin Hj Suin, Bendahari KRT En. Rahim Sahali, Pengerusi Jiran Wanita Pn. Nuati Adsad, Ahli Jawatan Kuasa tertinggi KRT Taman Nikmat dan Jiran Muda dan penduduk Setempat.









Jumaat, 10 Mei 2019

KRT TAMAN NIKMAT : PROGRAM BERTERUSAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1440 HIJRAH/2019




KRT Taman Nikmat meneruskan aktiviti untuk warga dengan mengadakan beberapa program sempena menyambut bulan Ramadhan untuk tahun ini. Antara program yang diadakan ialah Kem Solat Tunas Jiran bersama KAFA Al Kauthar Taman Nikmat, Kenduri menyambut bulan Ramadhan dan kempen derma darah.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj Mohd Onon berkata, program program kali ini menyasarkan penglibatan kepada semua lapisan umur yang ada di dalam KRT Taman Nikmat. Kita mulakan dengan program Kem Solat Tunas Jiran yang dihadiri anak anak yang berumur 5 ke 6 tahun. Kita sedar dalam memberi kekuatan dalaman rohani dan jasmani seseorang kena dimulakan seawal usia. Adalah penting tapak asas kanak kanak diperkuat dan dipelihara agar membesar dalam berjiwa rohani dan jasmani yang positif. Oleh tu, pendekatan melalui program sebegini dapat menerapkan nilai nilai positif kepada mereka.

Kenduri menyambut Ramadhan atau juga dikenali sebagai ‘Migang' disini adalah program tahunan bagi KRT Taman Nikmat. Dalam menyambut Bulan mulia ini, warga KRT Taman Nikmat yang beragama Islam sememangnya akan berasa teruja. Oleh itu, Migang dibuat untuk merapatkan lagi tali silaturahim sesama warga dan berpeluang memohon maaf sesama sendiri sebelum memasuki bulan mulia. Pengisian untuk program ini Solat berjemaah, bacaan Surah Yassin, tahlil dan tazkirah. Tajuk tazkirah adalah Kedatangan Bulan Ramadhan Al Mubarak dan Persiapan Diri . Pengisian ini dipimpin oleh Ustaz Afnan.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat lagi, Program Menderma Darah juga diadakan. Ini adalah program tahunan yang diadakan oleh KRT Taman Nikmat. Program ini sebenarnya bertujuan agar warga KRT Taman Nikmat dengan tidak mengira agama dan bangsa dapat memberi sumbangan darah kepada yang memerlukan. Kita sedar dari maklumat yang diperolehi, bekalan simpanan darah amat meruncing dan membimbangkan. Oleh itu, sedikit sebanyak program ini menjadikan warga KRT Taman Nikmat dalam warga yang prihatin bukan sahaja didalam komuniti malah ke seluruh tempat.

Bagi program Kem Solat Tunas Jiran dan dirasmikan oleh En Mohd Syazli Bin Madsah, Penolong Pegawai Perpaduan Kota Belud. Turut sama hadir Dr Nadirah Bt Mohamad (KKIA) Kota Belud, SJN Zainudin dari IPD Kota Belud, Ustaz Nurjahirah Bt Taip Peneyelia Kafa Kota Belud, Ustazah Maimunah Owir Guru Besar Kafa Al Kauthar, En Asran Bin Hj Suin Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat, En Abel Mustapha Setiausaha KRT, AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat, ibubapa peserta kem dan warga KRT Taman Nikmat.















Khamis, 2 Mei 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN NIKMAT 2019

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Nikmat telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana 2019. Program gotong royong  ini dibuat bersempena satu lagi program yang akan diadakan iaitu Kem Solat Tunas Jiran dengan kerjasama Kafa Al Kauthar Taman Nikmat.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon berkata, secara lazimnya warga KRT Taman Nikmat menjaga keselamatan dan kebersihan taman perumahan ini dengan sungguh berdisiplin. Warga KRT Taman Nikmat mementingkan keselamatan dan kebersihan kediaman sekitar dan sentiasa memastikan tiada sampah sarap dibuang atau dilonggokan merata tempat. Namun, ada masanya warga terlepas pandang dengan kawasan kawasan tertentu untuk dijaga keselamatan dan kebersihan. Contohnya, keselamatan penduduk berkenaan pokok pokok besar yang terdapat di tepi jalan taman perumahan. Pokok pokok yang mempunyai dahan yang rapuh boleh mendatangkan kecelakaan kepada penggun jalan raya perumahan. Wajar untuk diambil perhatian dan mengambil langkah awal dalam memastikan tidak ada hal yang buruk menimp warga setempat. Begitu juga dengan sampah sarap dari kawasan lain yang dibawa ke kawasan perumahan ini melalui parit parit besar ketika hujan atau banjir besar berlaku. Sampah sarap ini berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk terutama nyamuk ades yang kita ketahui boleh mengancam nyawa. Hal sebegini adalah diluar kawalan penduduk setempat dan bukanlah diatas salah laku penduduk sendiri. Oleh sebab itu, adalah penting untuk program gotong royong ini dilakukan agar peserta peserta program Kem Solat Tunas Jiran ini sekurang kurangnya dilindungi dari ancaman nyamuk ades dan binatang berbisa yang lain dan juga kepada warga setempat amnya.

Turut sama didalam program ini ialah Pegawai Bomba kanan Tuan Thomas Bolu, Guru Besar Kafa Al Kauthar Pn. Maimunah Owir, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Bendahari KRT Taman Nikmat En. Rahim Sahali, Anggota Bomba Dan Penyelamat Kota Belud, AJK KRT Taman Nikmat dan penduduk setempat.









Isnin, 11 Februari 2019

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD 2019

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Nikmat telah mengadakan Pertandingan Sepak Takraw KRT Taman Nikmat. Pertandingan ini telah diadakan di Gelanggan Sepak Takraw KRT Taman Nikmat.

Ketika ucapan majlis perasmian dan penutupan program ini, Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj Mohd. Onon berkata pertandingan ini adalah julungannya diadakan oleh KRT Taman Nikmat. Perasaan teruja yang mendalam kerana berjaya menjadikan sukan ini sebagai aktiviti sukan tambahan didalam komuniti kami. Adalah menjadi keutamaan agar ahli komuniti sentiasa bergiat aktif untuk mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik.

Dengan penyertaan yang sangat memberangsangkan menunjukkan betapa sukan ini masih lagi mendapat tempat dihati rakyat khususnya didalam KRT Taman Nikmat. Antara pasukan yang bertanding ialah Pasukan Berapi, Avangers, All Killer, Guntur Alam,Tengkabalan dan Kaki Besi. Oleh itu, pertandingan ini akan diusahakan menjadi pertandingan tahunan di KRT Taman Nikmat untuk warga disini. Hadiah pertandingan disampaikan oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat dan juara disandang oleh pasukan Berapi, tempat kedua pasukan Avangers dan ketiga pula pasukan All Killer.

Turut hadir Pengurus Sukan Sepak Takraw KRT Taman Nikmat Ustaz Abdul Jabar Bin Ahmad Jaid, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Bendahari En. Rahim Bin Sahali dan peserta peserta pertandingan.








Isnin, 14 Januari 2019

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL KRT TAMAN NIKMAT BERSAMA PASUKAN RADIOLOGI HOSPITAL DAERAH KOTA BELUD

Memasuki di ambang penghujung abad ini, KRT Taman Nikmat secara tradisinya memulakan aktiviti tahunan dengan menjalinkan silaturahim kepada agensi agensi kerajaan dan swasta. Kali ini, pasukan dari Radiologi Hospital Kota Belud menjadi pilihan dalam aktiviti sukan perlawanan persahabatan futsal yang belangsung di Pangkalan Futsal Arena Kota belud.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat Kota Belud En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, seperti tahun tahun sebelumnya, secara tradisi aktiviti yang dimulakan adalah aktivit bersukan bersama kakitangan awam atau swasta. Kesihatan adalah penting untuk dikekalkan dan dijaga oleh semua lebih-lebih lagi kakitangan yang berkerja di dalam pejabat dan kurang aktiviti di luar. Dengan aktiviti luar ini menegakkan lagi seruan kerajaan iaitu "Utamakan Kesihatan, Sihat Sepanjang Hayat". Budaya bersukan secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim sesama komuniti dan menambah keharmonian sedia ada.

Turut hadir En. Abel Bin Mustapha, Ketua Unit Radiologi yang mewakili Pengarah Hospital Kota Belud Dr. Maheswaran A/L Supramaniam, kakitangan Unit Radiologi dan jiran muda KRT Taman Nikmat.






Khamis, 30 Ogos 2018

SAMBUTAN MALAM AMBANG MERDEKA 2018 KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD

Lazimnya KRT Taman Nikmat akan menyambut hari bersejarah bagi rakyat Malaysia iaitu Hari Kebangsaan. Justru itu, KRT Taman Nikmat tidak pernah lupus untuk program program yang diatur dan dijayakan bagi menyemarakan lagi bahang sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat, En. Mahamudin Bin Hj Mohd Onon berkata sepanjang didalam menyambut bulan Kebangsaan ini dengan pelbagai program telah diatur. Dengan pengisian program program kemasyarakatan begini setidaknya penduduk KRT Taman Nikmat tidak terasing untuk menyambut Hari Merdeka di tempat sendiri. Memfokuskan didalam kehendak dan rentak kotak pemikiran anak anak  generasi baru adalah juga satu cabaran yang terkini. Gaya hidup anak anak era kini bukan seperti di abad abad yang lalu. Oleh itu, pendedahan kepada Jiran Muda akan pentingnya menghayati Hari Kebangsaan ini juga perlu dilakukan oleh masyarakat sekeliling dan bukan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada institusi pendidikan sahaja. Dengan adanya aktiviti fizikal dan berinteraksi tidak mengira peringkat umur dapat membentuk suasana hormat menghormati dan kesepaduan dalam masyarakat.

Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En Bisi Bin Jamit dalam ucapan beliau juga menekankan akan pentingnya kesepaduan dalam sesebuah komuniti. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab keseluruhan sesebuah komuniti untuk saling hormat menghormati dan berkerjasama agar nilai murni yang kita kecapi kini tidak ditelan zaman. Beliau seterusnya merasmikan Majlis Malam Ambang Merdeka 2018 Peringkat KRT Taman Nikmat Kota Belud.

Menanti detik emas 12 tengah malam, beberapa program yang telah disediakan kepada penduduk KRT Taman Nikmat. Antaranya, pertandingan nyanyian lagu lagu patriotik. Yang menariknya, 10 peserta mengambil bahagian dan kesemuanya peserta daripada Jiran Muda. Pertandinagan telah diadili oleh juri jemputan iaitu En. Zainal Abidin Ahmad dan En. Rahim Sahili Wahit,

Selepas itu, acara penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti aktiviti di dalam sepanjang bulan kebangsaan ini. Bagi acara sukan Sepak Takraw dimenangi oleh pasukan Harapan Juara, Naib Johan pasukan Daras dan tempat ketiga pasukan Tepak Bubur. Acara Street Soccer pula dimenangi oleh Geng Karas, tempat kedua pasukan Thirty7 FC dan ketiga dimenangi oleh Urusetia FC . Acara kanak kanak juga dipertandingkan iaitu pertandingan mewarna hari kebangsaan yang dimenangi oleh adik Rauah Reati Ramli. Tempat kedua adik Siti Zulaikha Rajin dan ketiga Nur Sumayyah Sharul Nizam. Untuk pertandingan nyanian lagu lagu patriotik pula, johan disandang oleh adik Zaza Jamri, tempat kedua adik Alessandra dan ketiga adik Ilyana Sazlin. Anugerah Pemain Berbakat Sepak Takraw diberikan kepada adik Afiq Awang dan adik Faiz Adis. Anugerah khas sempena hari kebangsaan turut diadakan dan diberikan kepada Adik Zul Aslan Jaslin sebagai hadiah khas Jiran Muda Contoh peringkat KRT Taman Nikmat. Kesemua hadiah dan sijil penyertaan disampaikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud.

Detik 12 Malam tanggal 31 Ogos laungan Merdeka sebanyak 3 kali kedengaran yang dipimpin oleh Pegawai Perpaduan daerah Kota Belud, Seterusnya diiringi Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Turut Hadir Timbalan Penegrusi KRT Taman Nikmat En Asran Bin Hj Suin, Setiausaha En. Abel Bin Mustapha, Ketua Penyelaras Jiran Wanita Puan Nuatu Adsad, Ketua Penyelaras Jiran Muda En Zakaria Jamlin, AJK Tertinggi KRT Tamkan Nikmat, Pengerusi KRT Hospital Kota Belud En Fadli dan warga KRT Taman Nikmat 

                                          Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku

                                     Ucapan Alu Aluan Pengerusi KRT Taman Nikmat

                                            Ucapan Perasmian Pegawai Perpaduan Daerah

                                      Peserta Nyanian Lagu Lagu Patriotik Adik Alessandra

                                                                          peserta
                                              Johan Pertandigan Mewarna Kanak kanak

                                               
Johan Sepak Takraw

Johan Pertandiangan Street Soccer 


                                                  Anugerah Khas Jiran Muda Contoh

                                               Pemenang Ketiga Nyanyian Lagu Patriotik

                                                   Tempat ke 2 Nyanyian lagu patriotik

                                                      Johan Nyanyian lagu patriotik




                                                               Pasukan sepak takraw

                                                               pasukan street soccer