Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 6 Ogos 2019

PROGRAM KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH (PDRM) IPD KOTA BELUD PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD 2019


Seperti tahun tahun sebelum ini KRT Taman Nikmat Kota Belud tidak pernah untuk menganjurkan kempen kempen berteraskan perpaduan. Sehubungan dengan itu, sempena berada didalam bulan kemerdekaan ini KRT Taman Nikmat telah mengadakan program Kempen Kibar Jalur Gemilang untuk peringkat kawasan perumahan. Selain itu, turut diadakan ceramah berkenaan pencegahan jenayah daripada PDRM IPD Kota Belud yang disampaikan oleh Sjn Zainudin.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd. Onon berkata, program sebegini amat perlu dikekalkan agar semangat patriotik dan cintakan tanah air terus tersemat didalam sanubari. Keutamaan kita juga kepada genarasi muda ketika ini dimana dapat dilihat cabaran yang dihadapi amat tinggi sekali. Jika tidak ada sebarang usaha untuk dibwa diperingkat masyarakat ini, dikhuatiri semanagt ini akan pudar dan lenyap dengan sendirinya. Kita mahu agar program program sebegini menjadi program yang wajib bukan sahaj disini, malah jika boleh di seluruh negeri ini khususnya. Kita negara dan negeri yang merdeka, tinggal lagi dengan memupuk semangat cintakan negara dapat menjadi benteng yang ampuh.

Turut Bersama didalam program ini  Timbalan Pengerusi KRT En. Asran Bin Hj Suin, Bendahari KRT En. Rahim Sahali, Pengerusi Jiran Wanita Pn. Nuati Adsad, Ahli Jawatan Kuasa tertinggi KRT Taman Nikmat dan Jiran Muda dan penduduk Setempat.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan