Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 10 Mei 2019

KRT TAMAN NIKMAT : PROGRAM BERTERUSAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1440 HIJRAH/2019




KRT Taman Nikmat meneruskan aktiviti untuk warga dengan mengadakan beberapa program sempena menyambut bulan Ramadhan untuk tahun ini. Antara program yang diadakan ialah Kem Solat Tunas Jiran bersama KAFA Al Kauthar Taman Nikmat, Kenduri menyambut bulan Ramadhan dan kempen derma darah.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj Mohd Onon berkata, program program kali ini menyasarkan penglibatan kepada semua lapisan umur yang ada di dalam KRT Taman Nikmat. Kita mulakan dengan program Kem Solat Tunas Jiran yang dihadiri anak anak yang berumur 5 ke 6 tahun. Kita sedar dalam memberi kekuatan dalaman rohani dan jasmani seseorang kena dimulakan seawal usia. Adalah penting tapak asas kanak kanak diperkuat dan dipelihara agar membesar dalam berjiwa rohani dan jasmani yang positif. Oleh tu, pendekatan melalui program sebegini dapat menerapkan nilai nilai positif kepada mereka.

Kenduri menyambut Ramadhan atau juga dikenali sebagai ‘Migang' disini adalah program tahunan bagi KRT Taman Nikmat. Dalam menyambut Bulan mulia ini, warga KRT Taman Nikmat yang beragama Islam sememangnya akan berasa teruja. Oleh itu, Migang dibuat untuk merapatkan lagi tali silaturahim sesama warga dan berpeluang memohon maaf sesama sendiri sebelum memasuki bulan mulia. Pengisian untuk program ini Solat berjemaah, bacaan Surah Yassin, tahlil dan tazkirah. Tajuk tazkirah adalah Kedatangan Bulan Ramadhan Al Mubarak dan Persiapan Diri . Pengisian ini dipimpin oleh Ustaz Afnan.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat lagi, Program Menderma Darah juga diadakan. Ini adalah program tahunan yang diadakan oleh KRT Taman Nikmat. Program ini sebenarnya bertujuan agar warga KRT Taman Nikmat dengan tidak mengira agama dan bangsa dapat memberi sumbangan darah kepada yang memerlukan. Kita sedar dari maklumat yang diperolehi, bekalan simpanan darah amat meruncing dan membimbangkan. Oleh itu, sedikit sebanyak program ini menjadikan warga KRT Taman Nikmat dalam warga yang prihatin bukan sahaja didalam komuniti malah ke seluruh tempat.

Bagi program Kem Solat Tunas Jiran dan dirasmikan oleh En Mohd Syazli Bin Madsah, Penolong Pegawai Perpaduan Kota Belud. Turut sama hadir Dr Nadirah Bt Mohamad (KKIA) Kota Belud, SJN Zainudin dari IPD Kota Belud, Ustaz Nurjahirah Bt Taip Peneyelia Kafa Kota Belud, Ustazah Maimunah Owir Guru Besar Kafa Al Kauthar, En Asran Bin Hj Suin Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat, En Abel Mustapha Setiausaha KRT, AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat, ibubapa peserta kem dan warga KRT Taman Nikmat.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan