Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 3 Jun 2010

Makluman untuk Borang Pertandingan Futsal Tertutup KRT Taman Nikmat sempena Program Kenali Jiran Dan Cuti Persekolahan

KAWASAN RUKUN TETANGGA
TAMAN NIKMAT
DAERAH KOTA BELUD
TEL: 0138581364 (Pengerusi) / 0198611055 (Setiausaha)
http://srstamannikmatkb.blogspot.com (Google)

Ruj Kami : KRT/TNKB/08(07)
Tarikh : 31 Mei 2010

Kepada,

Warga KRT Taman Nikmat,
Kota Belud.

Tuan/Puan,

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT KOTA BELUD SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN DAN PROGRAM KENALI JIRAN

Dengan hormatnya merujuk perkara diatas.

02. Sempena cuti persekolahan penggal pertama, jawatankuasa KRT Taman Nikmat akan menganjurkan program kenali jiran melalui pertandingan futsal diantara warga KRT Taman Nikmat.

03. Sehubungan dengan ini, pihak kami meminta untuk mengajukan nama peserta dalam setiap keluarga. Nama peserta ini akan dikumpul dan pihak kami yang akan bertanggungjawab untuk membahagikan mengikut kumpulan dalam pertandingan ini.

04. Syarat-syarat pernyertaan adalah seperti berikut:

4.1. Bermastautin di dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat.
4.2. Lelaki ( Bapa dan anak berumur 13 tahun keatas)

Bil Nama Bapa/Anak No.H/P Umur No. Kad Pengenalan No. Rumah/Fasa
1
2
3
4
5

05. Borang peneyertaan hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 06 Jun 2010 (Ahad) kepada En. Mahmudin Hj. Md. Onon (pengerusi KRT Taman Nikmat), En. Nasdin Pumpunga (Setiausaha), En. Asran Hj. Suin (Penyelaras Tunas Jiran) dan En. Abel Mustapha ( Penyelaras Jiran Muda).

Sekian Terima Kasih.

‘JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT’

Yang Benar,



En. Mahmudin Hj. Mohd Onon
Pengerusi KRT Taman Nikmat
Kota Belud

S.k Penolong Pegawai Perpaduan Daerah
Kota Belud

1 ulasan:

  1. perhatian:
    kepad mana-mana keluarga yang belum mendapatkan borang, sila rujuk kepada nama-nama ajk KRT di atas.

    Terima Kasih.

    BalasPadam