Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 2 April 2011

KENDURI KESYUKURAN KERANA DIUMUMKAN OLEH PENGARAH JPNIN SABAH SEBAGAI KAWASAN RUKUN TETANGGA TERBAIK NEGERI SABAH SEMPENA MINGGU PERPADUAN TAHUN 2010











Pada 2 April 2011, Jawatankuasa KRT Taman Nikmat telah mengadakan kenduri kesyukuran kerana telah diumumkan sebagai KRT terbaik Negeri Sabah oleh pengarah JPNIN Sabah Ybhg. Pn. Nurul Akmalina bt. Hj Samsudin sempena dalam majlis perjumpaan awal tahun dengan jawatankuasa utama Rukun Tetangga daerah Kota Belud. Kenduri kesyukuran ini diadakan di rumah En.Masran Taib selaku AJK KRT Taman Nikmat. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi KRT Taman Nikmat En.Mahamudin Hj. Md Onon dan Ahli Jawatan Kuasa serta penduduk setempat. Disamping itu, program seperti ini secara tidak langsung boleh meningkatkan lagi ikatan silaturahim selaras dengan slogan "Jiranku, Keluargaku".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan