Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 1 April 2011

MAJLIS PERJUMPAAN AWAL TAHUN BERSAMA YBHG. PENGARAH JPNIN NEGERI SABAH DGN JAWATANKUASA UTAMA RUKUN TETANGGA DAERAH KOTA BELUD









Pada 1 April 2011, Majlis perjumpaan bersama Ybgh. Puan Nurul Akmalina binti Hj. Samsudin, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah dan Jawatankuasa utama KRT Kota Belud telah diadakan bertempat di Restoran Rasa sayang Kota Belud.

Antara tetamu yang hadir En. Hamdan bin Hj Sarudin, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, En. Md. Bisi bin Jamit dan Cik Marry Tai, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, En. Maradi, Penolong Pengarah (unit KRT), En.kamaruzaman (unit SRS), Pengerusi-pengerusi Rukun Tetangga Daerah Kota Belud.

Majlis ini dimulakan dengan Jamuan Makan Malam, seterusnya Nyanian Lagu NegaraKu dan Lagu Negeri, ucapan alu-aluan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud Zon 1, ucapan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, majlis ramah mesra, majlis dialog, penyampaian simbolik peralatan skim rondaan sukarela kepada pengerusi KRT Taman Nikmat, En.Mahamudin Hj Md Onon, Pengerusi KRT Piasau, Pn.Dilin, dan seterusnya Penyampaian Cenderakenangan kepada Ybgh.Pengarah JPNIN Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan