Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Rabu, 30 November 2011

PERJUMPAAN DENGAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI MALAYSIA DAN CELCOM







Pada 30 November 2011 satu perjumpaan warga KRT Taman Nikmat dengan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia dan Celcom berhubung dengan cadangan mendirikan Antenna Lamp Pole dalam kawasan Taman Nikmat. Dalam perjumpaan ini warga KRT Taman Nikmat di beri penarangan mengenai pembinan yang di maksudkan dan penduduk di kehendaki untuk memilih bersetuju atau tidak bersetuju melalui borang kaji selidik yang akan di sediakan oleh jawatankuasa KRT Taman Nikmat. Perjumpaan ini telah di adakan bertempat di kediaman En. Dahlan Mualap. Turut bersama-sama dalam perjumpaan ini Pengerusi KRT, AJk KRT dan Ketua-Ketua Blok. Borang ini akan mula di edarkan selewat-lewatnya pada bulan Januari 2012.

Jumaat, 25 November 2011

PROGRAM EKSPLORACE SAYA SAYANG RUKUN NEGARA PERINGKAT KELAB RUKUN NEGARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA BELUD









Pada 24 November 2011, Program Eksplorasi saya sayang Rukun Negara peringkat Kelab Rukun Negara sekolah-sekolah menengah Daerah Kota Belud,program ini di anjurkan Oleh Jabatan Perpaduan Daerah Kota Belud dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud. Program ini di adakan di Dewan Datuk Zakaria Pejabat Daerah Kota Belud. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg En. Abdul Gari Bin Itam Pegawai Daerah Kota Belud. Antara tempat-tempat yang di lawati oleh peserta Eksplorasi seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Kota Belud, Pejabat Daerah Kota Belud dan Masjid Pekan Kota Belud. Tetamu Kehormat yang hadir dalam perasmian program ini En. Bisi Bin Jamit Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, wakil Pengetua SMK Usukan Kota Belud, Wakil Pengertua SMK Arsad Kota Belud, Wakil Pengetua SMK Tambulion Kota Belud, Wakil Pengetua SMKA Tun Said Kota Belud,Wakil Pengetua SMK Pekan Kota Belud, Pembimbing Program En. Esmadi bin Zulkifili, En. Mohammad Bin Othman dan Pengerusi-pengerusi KRT Daerah Kota Belud.

MAJLIS MAKAN TENGAHARI BERSAMA PESERTA PROGRAM INTEGRASI ILMU PELAJAR CEMERLANG TITIAN PADU EMAS 2011









Pada 23 November 2011, majlis makan tengahari bersama peserta program integrasi ilmu pelajar cemerlang titian padu emas. Majlis ini telah di adakan di Dewan YB Datuk Hj Musbah Bin Hj Jamli Kg Taun Gusi Padang Kota Belud. Antara tetamu kehormat yang hadir majlis ini Ybhg. Puan Nurul Akmalina Binti Hj Shamsuddin Pengarah JPNIN, En. Md Bisi Bin Jamit Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, Pegawai pengiring peserta lawatan, pegawai-pegawai Kanan JPNIN Sabah, pengerusi-pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud dan Jiran Muda.

PROGRAM RONDAAN BERSAPADU (SRS),(PDRM),RELA, (JPAM) DAN (AADK)




Pada 15 November 2011, Program Rondaan Bersepadu antara Skim Rondaan Sukarela, Polis Daerah Kota Belud, RELA, Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Tempat Pusat Rondaan dibuat dalam Kawasan Rukun Tetangga Kg Labuan Kota Belud. Antara Tetamu kehormat yang turut sama dalam Rondaan bersapadu ini YB Datuk Japlin Bin Hj Akim ADUN N8 Usukan, Puan Nurul Akmalina Binti Hj Shamsuddin Pengarah JPNIN, DSP Mohan Nadasen Ketua Pol,is Daerah Kota Belud, Pegawai-Pegawai Kanan Polis Daerah Kota Belud, Ketua RELA Kota Belud, Peronda-Peronda SRS, Anggota RELA, POLIS , Wakil AADK Kota Kinabalu dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN STRATEGIK JPNIN DAERAH KOTA BELUD DENGAN PDRM DAERAH KOTA BELUD








Pada 14 November 2011 Majlis menandatangani nota persefahaman strategik JPNIN Daerah Kota Belud dengan PDRM Daerah Kota Belud. Majlis telah adakan bertempat di Dewan Pengaman Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud. Majlis menandatangani di lakukan oleh DSP Mohan Nadasen ketua Polisa Daerah Kota Belud dan En Mohd Bisi Bin Jamit Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud. Antara tetamu kehormat yang hadir Penolong Pengarah JPNIN Unit SRS, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Pegawai-pegawai Kanan Polis Daerah Kota Belud, AJK Rukun Tetangga, Peronda Skim Rondaan Sukarela dan anggota Polis.

Khamis, 10 November 2011

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN UNTUK JIRAN MUDA YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2011








Pada 10.11.2011, Jiran Muda KRT Taman Nikmat telah mengadakan solat sunat hajat dan bacaan surah yassin bagi calon yang akan menduduki peperiksaan SPM. Solat sunat hajat dan bacaan surah yassin ini telah di pimpin oleh Ustaz Sharom. Program ini telah diadakan dikediaman Cikgu Sedik bin Duraman, beliau mengatakan usaha akhir bagi Jiran Muda, memohon Doa kepada Allah dan restu dari kedua ibubapa agar mereka tenang dalam mengadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang dan disamping itu ianya dapat merialisasikan selogan Jiranku Keluargaku. Dalam majlis ini, tetamu yng hadir Pengerusi KRT, Ibubapa, Jiran Muda dan jiran-jiran setempat.