Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 25 November 2011

PROGRAM EKSPLORACE SAYA SAYANG RUKUN NEGARA PERINGKAT KELAB RUKUN NEGARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA BELUD









Pada 24 November 2011, Program Eksplorasi saya sayang Rukun Negara peringkat Kelab Rukun Negara sekolah-sekolah menengah Daerah Kota Belud,program ini di anjurkan Oleh Jabatan Perpaduan Daerah Kota Belud dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud. Program ini di adakan di Dewan Datuk Zakaria Pejabat Daerah Kota Belud. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg En. Abdul Gari Bin Itam Pegawai Daerah Kota Belud. Antara tempat-tempat yang di lawati oleh peserta Eksplorasi seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Kota Belud, Pejabat Daerah Kota Belud dan Masjid Pekan Kota Belud. Tetamu Kehormat yang hadir dalam perasmian program ini En. Bisi Bin Jamit Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, wakil Pengetua SMK Usukan Kota Belud, Wakil Pengertua SMK Arsad Kota Belud, Wakil Pengetua SMK Tambulion Kota Belud, Wakil Pengetua SMKA Tun Said Kota Belud,Wakil Pengetua SMK Pekan Kota Belud, Pembimbing Program En. Esmadi bin Zulkifili, En. Mohammad Bin Othman dan Pengerusi-pengerusi KRT Daerah Kota Belud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan