Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Rabu, 30 November 2011

PERJUMPAAN DENGAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI MALAYSIA DAN CELCOM







Pada 30 November 2011 satu perjumpaan warga KRT Taman Nikmat dengan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia dan Celcom berhubung dengan cadangan mendirikan Antenna Lamp Pole dalam kawasan Taman Nikmat. Dalam perjumpaan ini warga KRT Taman Nikmat di beri penarangan mengenai pembinan yang di maksudkan dan penduduk di kehendaki untuk memilih bersetuju atau tidak bersetuju melalui borang kaji selidik yang akan di sediakan oleh jawatankuasa KRT Taman Nikmat. Perjumpaan ini telah di adakan bertempat di kediaman En. Dahlan Mualap. Turut bersama-sama dalam perjumpaan ini Pengerusi KRT, AJk KRT dan Ketua-Ketua Blok. Borang ini akan mula di edarkan selewat-lewatnya pada bulan Januari 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan