Salam Perpaduan
Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.
"Jiran Sepakat Membawa Berkat"
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI
Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!
Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.
Sekian.
"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"
Mahmudin Hj Md Onon
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga
Taman Nikmat Kota Belud
Sabtu, 25 Oktober 2014
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436 PERINGKAT KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT KOTA BELUD
Antara pengisian program dalam sambutan ini ialah Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, tahlil doa Arwah dan bacaan Yassin, berdoa untuk penghujung dan awal tahun islam, tazkirah yang bertajuk "Merenung Nikmat-Nikmat Allah " dan solat sunat hajat untuk jiran muda yang akan menduduki SPM.
Solat diimamkan oleh Ustaz Mohd. Amirun Bin Amran. Turut hadir dalam sambutan ini Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Setiausaha En Nasdin Bin Pumpunga, Bendahari En. Rahim Sahali, AJK tertinggi dan penduduk setempat.
Selasa, 14 Oktober 2014
LAWATAN AHLI PANEL KE KRT TAMAN NIKMAT UNTUK ANUGERAH PENGURUSAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) PERINGKAT KEBANGSAAN
Para Penilai tiba sekitar 8.30 pm. Seramai 20 Anggota SRS KRT Taman Nikmat, 8 Anggota Polis IPD Kota Belud yang diketuai Sarjan Razali dan 10 Anggota Rela Kota Belud bersiap sedia menyambut kedatangan mereka.
Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Bin Hj. Mohd Onon memberi ucapan alu-aluan diatas kedatangan Para Penel dan berterima kasih dengan memilih SRS KRT Taman Nikmat mewakili Negeri Sabah.
Para Penel memulakan penilaian dengan mendengar Penerangan dan Taklimat Pengurusan SRS, KRT Taman Nikmat Kota Belud. Selesai pembentangan, Sesi soal jawab dilakukan.
Sekitar jam 11.00 pm, Sesi penilaian telah pun selesai. Penyampain cendeahati dibuat sebagai kenag-kengan kepada para penel dan sedikit jamuan.
Antara yang hadir didalam Penilaian ini Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Dan Integrasi Nasional Pn. Delin Liet Blaun dan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Bisi Bin Jamit, Timbalan Ketua Polis Daerah kota Belud ASP Ong Kian Tok, Pegawai Rela Kota Belud dan pegawai-pegawai kanan JPNIN Sabah.
Ahad, 31 Ogos 2014
KEMBARA SANTAI MERDEKA TAMAN NIKMAT BERGABUNG MERAIKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 57
Tepat 6.30 pagi, peserta telah dilepaskan dan memulakan kembara berjalan kaki. Keselamtan kembara dipantau dan para peserta berjalan kaki di sepanjang jalan raya menuju ke KRT Taman Nikmat. Para peserta kembara dilihat begitu bersemangat dengan menyanyikan lagu kemerdekaan dan patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang bendera Kebangsaan Malaysia di sepanjang pengembaraan.
Disepanjang pengembaraan berjalan kaki ini banyak pengajaran yang boleh diambil oleh peserta program. Mengingati kembali Peristiwa Kawad Maut Sandakan (Sandakan Death March) yang berlaku ketika zaman penjajahan dahulu cukup untuk kita mesti melindungi negara kita dari dijajah lagi. Para tawanan telah dipaksa berjalan kaki, diacukan senapang dan dipukul dari Ranau sehingga ke Sandakan. Tema "Disini Lahirnya Sebuah Cinta", sememangnya memberi impak yang sangat besar untuk rakyat terutama peserta kembara generasi baru seperti Jiran Muda dan Tunas Jiran untuk terus mempertahankan Tanah Air ini di masa hadapan. Aktiviti pertukaran bendera Jalur Gemilang diantara KRT Taman Nikmat Dan KRT Kinasaraban dilakukan dengan diwakili oleh kedua-dua Pengerusi.
Turut serta didalam pengembaraan ini Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudi Hj. Mohd. Onon, Pengerusi KRT Kinasaraban Naim Angkat, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Mustapha, Penyelaras Jiran Muda KRT Kinasaraban Edward Dunit, Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Nikmat Pn. Nuati Adsad, Pengerusi Jiran Wanita KRT Kinasaraban Pn. Dyanna Salagan, Penyelaras Tunas Jiran KRT Taman Nikmat En.Masran Talib, Penyelaras Tunas Jiran KRT Kinasaraban Musia Angkat, Ajk Tertinggi KRT Taman Nikmat Dan KRT Kinasaraban serta penduduk setempat.
Sabtu, 9 Ogos 2014
PROGRAM " JIRANKU, DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA" KRT TAMAN NIKMAT SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2014
Dengan tema ini, banyak yang diharapkan oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat kepada seluruh warga KRT Taman Nikmat amnya. Tema ini melambangkan kehidupan yang harmoni dan aman damai kita kecapi kini harus dikekalkan. Sekiranaya ada sifat perkauman hendaklah dibuang dan disingkirkan dari hati setiap warga. Bagi saya ini adalah satu manifestasi untuk menunjukan kita Cinta Negeri Sabah dan Malaysia.
Jiran yang bersatu padu sahaja yang akan dapat melahirkan Cinta sesama sendiri dan negara. Saya juga berasa berbangga dengan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di setiap kediaman, lorong dan jalan KRT Taman Nikmat.
Program ini telah di lancarkan oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat En Mahmudin Hj Md Onon. Antara yang hadir Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat dan Jiran Muda. Antara pengisian program Jamuan dan memasang Jalur Gemilang dalam kawasan KRT Taman Nikmat.
Selasa, 22 Julai 2014
KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT MENGIKUTI OPS SELAMAT ANJURAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH KOTA BELUD
Khamis, 19 Jun 2014
MAJLIS KENDURI MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN (MIGANG) DAN DOA SELAMAT PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT
Program dimulakan dengan Solat Maghrib secara berjemaah. Selepas itu, bacaan Yasin berserta doa selamat. Selesai itu, disusuli pula Ceramah Agama pula bertajuk "Ramadhan dan Hikmahnya" yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali Bin Zakaria dan diakhiri dengan Solat Isyak secara berjemaah. Selepas itu jamuan makan malam untuk para jemaah dan jemputan.
Turut serta di dalam majlis ini Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Bisi Bin Jamit, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Hj. Suin, Setiausaha En. Nasdin Pumpunga, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, Penyelaras Jiran Wanita Pn. Nuati Adsad, AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat, JiranWanita dan Jiran Muda KRT Taman Nikmat.
.
Isnin, 16 Jun 2014
PROGRAM ANAK ANGKAT SEMPENA SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT NEGERI SABAH 14 HINGGA 15 JUN 2014 DI DAERAH KOTA BELUD
KOTA BELUD pelbagai program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah bertempat di Tamu Mingguan Kota Belud. Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat tidak ketinggalan menyertai sambutan minggu Perpaduan dengan mengambil anak-anak angkat dari Daerah Sandakan, Kunak dan Kuala Penyu. Semasa anak-anak angkat ini berada dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah mengadakan Majlis Malam Mesra dan makan Malam bersama anak- anak angkat dan warga. Program Majlis bersama anak angkat ini telah di hadiri oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Hj Md.Onon , Setiausaha KRT En Nasdin Pumpunga , Bendahari KRT En. Rahim Sahali ,Pengerusi Jiran Wanita Pn. Nuhati Hj Ansad , Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha , Penyelaras Tunas Jiran En,. Masran Talib dan AJK KRT Taman Nikmat. Pada Majlis Malam Mesra yang diadakan di keidaman Pengerusi, Pengerusi KRT taman Nikmat dan warga mengalu-alukan kedatangan mereka dan berharap silaturahim yang baru terjalin ini akan berkekalan selamanya.
Pelancaran Minggu Perpaduan ini telah di sempurnakan Oleh YB Tan Sri DSP Joseph Kurup Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Dalam sambutan ini Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah menerima Anugerah Cemerlang Skim Rondaan Sukarela yang mana di sampaikan oleh YB Tan Sri DSP Joseph Kurup. Program ini diisikan dengan Pameran dari KRT Daerah-Daerah dan Ajensi Kerajaan ,pertandingan masakan dan gubahan Bunga, Derma Dara dari Hospital Kota belud dan perogram untuk anak-anak Tabika Perpaduan.
Majlis Pelancaran telah di hadiri oleh YB Tuan Ukoh @ Jeremy Bin Malajad , Timbalan Ketua Pengarah JPNIN , Pengarah JPNIN Sabah YBHG Pn. Delin Liet Blaun , YBHG Tuan Hj Abdul Gari Bin Itam , Pegawai Kanan JPNIN , Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan , Pengerusi - Pengerusi KRT Warga KRT seluruh Sabah dan penduduk setempat.
Selasa, 3 Jun 2014
KRT TAMAN NIKMAT MENGIKUTI SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH DAN PENGARUH AJARAN SESAT ANJURAN POLIS DIRAJA MALAYSIA KOTA BELUD
Turut hadir dalam program ini Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, Angota IPD, Pengerusi KRT Taman Nimmat En. Mahmudin Hj. Md. Onon, Timbalan pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, Jiran Muda KRT Taman Nikmat, Persatuan Belia Kota Belud, Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Kota Belud.