Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 8 November 2015

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ANTARA KRT DAERAH KOTA BELUD ANJURAN KRT TAMAN NIKMAT

Berlangsung pertandingan bola tampar antara KRT dalam Daerah Kota Belud pada 8 November 2015 menyaksikan sebanyak 6 pasukan yang bertanding. Pertandingan yang julung kalinya dianjurkan oleh KRT Taman Nikmat ini mendapat sambutan yang sanagat menggalakan.
Antara KRT yang menyertai iaiatu KRT Kg. Pirasan , KRT Kg. Pirasan Bukit Bendera, KRT Kg. Tambulion, KRT Hospital dan KRT Taman Nikmat menghantar wakil sebanyak 2 pasukan A dan B.
Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon berkata kemenangan bukan pokok utama dalam anjuran pertandingan ini akan tetapi sikap hormat menghormati dan berkawan dengan ahli komuniti lain diterapkan agar sikap dan sifat positif harmoni yang ada disebarkan dengan menyeluruh didalam daerah Kota Belud ini.
Johan dimenangi KRT Hospital Kota Belud membawa pulang Piala pusingan dan wang tunai. Tempat ke dua disandang KRT Tambulion dan ketiga dari KRT Kg. Pirasan.
Turut serta Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Sazali bin Mad Shah yang juga turut merasmikan penutupan program ini, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Pengurus Telekom Kota Belud En. Amidi Darus, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Able Mustapha dan Ajk tertinggi. Piala Pusingan disumbangkan oleh En. Amidi Darus.

Sabtu, 17 Oktober 2015

KRT Taman Nikmat Menyertai Hari Sukan Negara Daerah Beaufort Menyertai Bola Tampar di Dewan Pak Musa


KRT Taman Nikmat telah menghantar pasukan Bola Tampar ke Pertandingan Bola Tampar di daerah Beaufort sempena Hari Sukan Negara baru-baru ini. peneyertaan ini adalah usaha menyokong Hari Sukan Negara yang julungnya diadakan pada tahun 2015 ini.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, Hari Sukan Negara seharusnya menjadi budaya dikalangan masyarakat dan bukan hanya sekadar sambutan sahaja. bertepatan dengan slogan "Fit Malaysia" segala aktiviti sukan sememangnya membawa kepada kecemerlangan fizikal dan seterusnya mengharmonikan mental positif dan sihat kepada masyarakat.
KRT taman Nikmat akan menyokong penuh usaha murni Kerajaan dalam menjayakan Hari Sukan Negara bertepatan dengan pengisytiharan Hari Sukan Negara setiap minggu ke 2 pada bulan Oktober.

Turut serta di Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Bin Mustapha.












Ahad, 30 Ogos 2015

PROGRAM SANTAI SEHATI SEJIWA SEMPENA HARI KEBANGSAAN GABUNGAN KRT TAMAN NIKMAT, KRT HOSPITAL KOTA BELUD DAN SMRC HOSPITAL KOTA BELUD SABAH

Program Santai Sehati Sejiwa bersempena Bulan Kebangsaan gabungan KRT Taman Nikmat, KRT Hospital dan SMRC Hospital Kota Belud telah diadakan dengan jayanya. Antara aktiviti Pertandingan Karaoke Merdeka Terbuka, penyerahan jersi Kontigen SMRC Hospital Kota Belud dan penyerahan hadiah kepada pemenang pertandingan. Bagi pertandingan karaoke merdeka ini dimenangi oleh  En. Ahmad Bin Rijiki, temapat kedua En Jaidi Otikul dan ketiga En Roslin Samil. Manakala En. Abdul Manaf Hj. Abdul Rahman mendapat hadiah istimewa dengan memakai pakaian kemas bertema Kemerdekaan.
Pengerusi KRT Taman Nikmat yang turut hadir juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. Banyak program telah diatur sempena hari bersejarah ini bagi meyemarakkan nilai perpaduan yang harmoni dari generasi baru sehingga peringkat atasan. Akan tetapi, amatlah rugi sekiranya program sebegini tidak dihayati dengan mendalam. Anak muda ketika ini merasa hidup dunia yang senang kerana ada sejarah perjuangan ikhlas membebaskan negara ini dari penjajah. Di Sabah, kita sememangnya bangga dengan setiap lapisan masyarakat kerana masih lagi mengekalkan perpaduan sebagai asas keharmonian kehidupan walaupun kita berbilang bangsa, 
Melihat Tema Hari Kebangsaan jelas menggambarkan seluruh rakyat malaysia satu hati satu jiwa berdiri megah bersama. Oleh itu, program hari kebangsaan perlu menekankan kepada Perpaduan dan Bersatu apabila Sehati Sejiwa digunakan sebagai Tema hari Kebangsaan tahun 2015.
Turut hadir Pengerusi KRT Hospital Mohd Basri Bin  Lalah, Timbalan Penegrusi KRT Taman Nikmat En Asran Bin Hj Suin, Pengurus Telekom Kota Belud En Amidi Darus, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En Abel Mustapha, Pengurus SMRC Hospital Kota belud Dr. Hafizudin Hamzah, Pengurus Bola Tampar SMRC Hospital Kota belud En. Azizan Bin Hj. Azlan dan warga setempat. Hadiah disumbangkan oleh Telekom Malaysia diwakili En. Amidi Darus.








Sabtu, 22 Ogos 2015

KRT TAMAN NIKMAT MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG JPNIN NEGERI SABAH 2015

Sambutan Minggu Perpaduan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran JPNIN Negeri Sabah 2015 telah diadakan di Dewan Arked, Keningau pada 22 Ogos 2015.
KRT Taman Nikmat telah mengambil bahagian dengan diwakili oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin bin Hj. Mohd Onon dan Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel bin Mustapha. Merasmikan Majlis ini YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Antara aktiviti yang di adakan seperti Penyerahan Jalur Gemilang kepada Pengerusi-pengerusi KRT dari 30 buah daerah negeri sabah. selain itu, pertandingan gerai pameran,p ertandingan masakan tradisional dan masakan berasaskan ubi, pertandingan kelab rukun tetangga dan pertandingan menyumpit juga turut diadakan. Turut serta Pegawai Perpaduan Daerah En Bisi bin Jamit, Pengerusi KRT Kg. Pirasan Hj, Duyuk Bin Hj Tahir, Pengerusi KRT Hospital Kota Belud En, Mohd Basri Bin Lalah dan Pengerusi KRT Kg. Lingkodon En. Hajat bin Duka.






Ahad, 16 Ogos 2015

Jaringan Persahabatan Bola Tampar Sempena Bulan Kemerdekaan KRT Taman Nikmat Bersama PDRM Kontinjen Negeri Sabah

Jaringan Persahabatan Bola Tampar Sempena Bulan Kemerdekaan diteruskan dengan KRT Taman Nikmat menentang PDRM Kontinjen Negeri Sabah. KRT Taman Nikmat di ketuai oleh Pengerusi KRT En.Mahamudin Bin Hj. Mohd. Onon dan PDRM Kontijen Negeri Sabah di ketuai Oleh Juru Latih S/Insp Dahlan Omar bertempat di Dewan IBU Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Pengerusi menyambut baik inisiatif untuk bersukan sebagai gaya hidup dan demi menjaga kesihatan dan fizikal dengan baik. Harap ini akan menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk mencintai sukan. Kita juga berharap program ini akan menjalinkan hubungan akrab dan persahabatan antara kedua-dua pasukan. Program bersama PDRM kali ini sebagai penghargaan kepada mereka kerana terus mencurah bakti demi menjaga kemrdekaan, keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi kini.

Menjadi tugas dan tanggungjawab Polis DiRaja Malaysia dalam memastikan keselamatan dan ketenteramaan negara. "Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing", Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga sudah tentu dapat mengukuhkan lagi keselamatan yang ada kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pihak Polis sedia ada di bantu oleh KRT. KRT Taman Nikmat sememangnya contoh yang terbaik untuk diikuti kerana bukan sahaja mengekalkan nilai persahabatan dan silaturahim di kelompok warga malah menebarkan prinsip murni ini ke serata tempat. Turut serta Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Bin Mustapha.




Isnin, 3 Ogos 2015

KEMPEN KIBARAN JALUR GEMILANG "JIRANKU SEHATI,SEJIWA" DAN ERATAN PERPADUAN DUA KAWASAN RUKUN TETANGGA



"Sehati, Sejiwa" tema Hari Kebangsaaan pada tahun ini dan mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan seluruh rakyat di negara ini dan harus diterapkan terutama sekali di daerah Kota Belud ini.

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat KRT Taman Nikmat adalah tradisi yang telah diadakan setiap tahun. Melalui Kempen Pengibaran Jalur Gemilang ini diharapkan agar seluruh warga KRT Taman Nikmat dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi Negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya, serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

Kemerdekaan adalah satu nikmat yang patut disyukuri. Oleh itu, seluruh rakyat mesti terus menghargai nikmat kemerdekaan ini dengan berusaha ke arah memperkukuh perpaduan serta bekerja keras dalam mencapai taraf negara maju yang sepadau dalam perpaduan.Di bulan kemerdekaan inilah kita seharusnya mengimbas kembali segala usaha yang dilakukan untuk membina negara serta cabaran-cabaran yang dihadapi supaya kita terus memperbaharui iltizam untuk membina sebuah negara yang aman damai dan harmoni sesama rakyat. Turut sama dalam Perasmian Kempen ini Pengerusi KRT Taman Nikmat En. mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, Timbalan Pengerusi En. Asran Bin Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Bin Mustapha dan Ahli Jawatankuasa tertinggi KRT Taman Nikmat.

Turut diadakan Perlawanan Persahabatan Futsal di antara Jiran muda KRT Taman Nikmat dan Jiran Muda KRT Kg. Lebak Moyoh juga telah diadakan di Gelanggang Futsal Kg. Lebak Moyoh Kota Belud. Perlawanan tersebut telah diadakan bagi mengeratkan lagi silatrurrahim antara KRT Taman Nikmat dan KRT Kg. Lebak Moyoh. Sebahagian daripada warga KRT Taman Nikmat dan Kg, Lebak Moyoh turut hadir ke lokasi perlawanan untuk memberikan semangat serta memeriahkan lagi suasana program tersebut.
Jalinan perpaduan antara kedua-dua KRT ini sudah lama terbina dan perlawanan persahabatan seperti ini adalah langkah yang sangat baik untuk terus mengeratkan perpaduan selamanya. Turut serta Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, Pengerusi KRT KG. Lebak Moyoh Pn.Saineh Binti Uli, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Bin Mustapha dan Penyelaras Jiran Muda KRT Kg. Lebak Moyoh Ahmad Azizi Bin Jandan.


 











Sabtu, 25 Julai 2015

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI 2015 KRT TAMAN NIKMAT

KRT Taman Nikmat meneruskan tradisi Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2015.
Pengerusi KRT taman Nikmat berasa gembira dan teruja dengan Majlis Rumah terbuka kali ini. beliau berkata Majlis Rumah Terbuka dan undangan terbuka ini harus diterima dengan hati yang terbuka juga. Hati yang terbuka membolehkan sifat saling memaafkan terjadi di samping mengukuhkan hubungan mahabbah dan ukhuwah berlaku. Asas ini penting kerana kita memberi makna rumah terbuka bukan sekadar majlis makan-makan saja.

Tidak sedikit yang membuat rumah terbuka untuk rakan sepejabat, tetapi jiran sebelah rumah tidak dijemput. Begitu juga, jangan ditinggalkan golongan tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang ditimpa musibah.

Bagi warga En. Fung Tian Bun, jiran merupakan kawan yang rapat selain daripada keluarga kerana tanpa jiran keselamatan dan hal-hal kecemasan boleh berlaku di rumah. Oleh itu, amat penting menghormati jiran dan mengekalkan hubungan harmoni tidak mengira agama, bangsa dan suku kaum.

Turut hadir Timbalan Pengerusi En. Asran Hj. Suin, Timbalan Setiausaha En. Jainuddin Bin Bujang, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, Penyelaras Jiran Wanita Pn. Nuati Adsad, Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi dan warga setempat.









Sabtu, 4 Julai 2015

KONVOI KEMANUSIAAN BENCANA KEBAKARAN KRT KG PANTAI BAHAGIA DAERAH KUDAT OLEH PENYELARAS KRT DAERAH KOTA BELUD

Baru-baru ini, salah satu KRT dalam daerah Kudat iaitu KRT KG Pantai Bahagia telah ditimpa musibah dengan bencana kebakaran rumah penduduk kampung yang tidak diduga. Jumlah mangsa kebakaran rumah melibatkan 61 buah rumah iaitu 337 orang semuanya. Sehubungan dengan itu, Penyelaras KRT Daerah Kota Belud terpanggil segera untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa kebakaran yang terlibat. Sumbangan dan bantuan diberikan adalah berbentuk pakaian terpakai dan makanan yang disumbangkan oleh warga KRT Kota Belud melalui Penyelaras RT Daerah Kota Belud.  "Dicubit paha kiri, paha kanan merasa sakit". Perumpamaan ini sudah cukup menceritakan segala-galanya. Ia juga mencerminkan perpaduan antara KRT sungguhpun berada didaerah yang berbeza dan sedikit sebanyak berhasil membantu dalam meringankan beban mangsa-mangsa bencana kebakaran ini. Konvoi Kemanusiaan ini diketuai oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud  En. Mohd. Bisi Bin Jamit dan disambut oleh Ketua Kampung Kg Bahagia .En. Ali Bin Angas. Selain itu, turut serta Setiausaha RT Daerah En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, Bendahari RT Daerah Tuan Hj. Ramlee Bin Marul dan Ahli Jawatankuasa Penyelaras Daerah  Kota Belud,








Isnin, 1 Jun 2015

JARINGAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR KRT TAMAN NIKMAT DENGAN PERSATUAN BOLA TAMPAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SABAH

KRT Taman Nikmat meluaskan lagi jaringan persahabatan melalui sukan bola tampar dan kali ini bersama Paasukan Bola Tampar Bomba Dan Penyelamat Negeri Sabah yang berlangsung di gelanggang bola tampar Runway Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Dilihat acara sukan sebegini adalah salah satu medium yang berkesan dalam bersuai kenal dan menjalinkan persahabatan baru dikalangan komuniti terutama komuniti di tempat lain. Langkah ini juga disokong penuh oleh jabatan-jabatan kerajaan kerana ia dapat meningkatkan lagi nama dan kredebiliti jabatan melalui sukan.
Hadir sama dalam perlawanan persahabatan kali ini Pengerusi KRT Taman Nikmat Kota Belud En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon dan Pasukan Bola Tampar Bomba Dan Penyelamat Negeri sabah diketuai oleh Tuan Devi Rashedee Engsoi. Turut serta Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Mustapha.




Isnin, 11 Mei 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR INTEGRASI JAWATAN RUKUN TETANGGA DAERAH KOTA BELUD SABAH KE SEMENANJUNG MALAYSIA

Satu lawatan ke Semenanjung Malaysia akan bakal di adakan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga Daerah Kota Belud bermula 13 Mei 2015 ini. Seramai 43 orang ahli jawatankuasa yang mengikuti lawatan ini bersama pengiring Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Mohd Bisi Bin Jamit. Turut mengikuti Ketua rombongan En. Sibil bin Uli, Penoling Ketua Rombongan Tuan Hj. Duyuk bin Hj Tahir, Setiausaha En. Mahamudin bin Hj Mohd Onon dan Bendahari Hj. Ramlee bin Marul. Setiausaha RT Daerah merangkap Setiausaha Lawatan Sambil Belajar ini En. Mahamudin bin Hj Mohd Onon berkata tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambah ilmu dan belajar dari segi ekonomi dan perniagaan di sana dan dijadikan model bagi ahli jawatankuasa membantu komuniti di daerah Kota Belud khususnya dalam meningkatkan pendapatan isi rumah komuniti.


Isnin, 4 Mei 2015

PROGRAM "JIRANKU, KELUARGAKU 2015" KRT TAMAN NIKMAT MERIAH

Baru ini, KRT Taman Nikmat telah mengadakan Program "Jiranku, Keluargaku 2015". Ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh KRT Taman Nikmat dan setiap tahun pelbagai kelainan akan dibuat oleh KRT dalam menjayakan program ini. Andai ada ungkapan untuk pelaksanaan program "Jiranku, Keluargaku 2015" KRT Taman Nikmat tahun ini adalah 'Meriah'. Penduduk komuniti KRT Taman Nikmat pada tahun ini dihadiri dari pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan dalam bersama-sama membantu komuniti dari segala aspek. Antara jabatan yang datang iai]tu Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud, Unit Tibi/Kusta Hospital Kota Belud, Klinik Ibu dan Kanak-kanak Pengkalan Abai Kota Belud dan Unit Tabung Darah Hospital Kota Belud.
Program yang diatur sanagat menarik tahun ini. bermula dengan Ceramah dan Demonstrasi Keselamatan dan Kebakaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat yang disampaikan oleh Tuan Jhony. selepas itu Ceramah Keselamatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud yang disampaikan oleh ASP NAijim. Berikutnya Ceramah tentang Penyakit Tibi Dan Kusta yang disampaikan oleh Puan Jainah Ulang. Selain itu Pemeriksaan percuma Payu Dara turut diadakan yang di lakukan oleh Klinik Ibu Dan Kanak-kanak. Turut serta Unit tabung Darah DAri Hospital Kota Belud dengan pengambilan derma darah dari komuniti. pada acara kemuncak pula pertandingan "Kayuhan Sihat Berbasikal" diadakan yang disertai oleh Jiran Muda Dan Tunas Jiran.
 Program ini dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah En. Mohd. Bisi Bin Jamit. Hadir sama Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Bin Hj. Mohd Onon. Turut hadir Timbalan Pengerusi En. Asran Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, Penyelaras Jiran Wanita Pn. Nuati Adsad dan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi KRT Taman Nikmat. Dalam ucapan perasmian berkata kehadiran pelbagai agensi dan Jabatan ini sememangnya dialau-alukan oleh Jabatan Perpaduan kerana dapat membantu komuniti mendapatkan info-info dan pengetahuan agar dapat digunakan oleh semua komuniti. Penegrusi KRT Taman Nikmat menambah  program sebegini menjadi lebih besar dan akan menjadi lebih meriah dimasa akan datang dan mengucapkan jutaan terima kasih dengan kehadiran Agensi dan Jabatan yang terlibat didalam Daerah Kota Belud. Sumbang hamper dan haiah di sumbangkan oleh En. Fung Tian Bun dari KB Auto Part Kota Belud dan En. Amidi Darus dari Telekom Malaysia Kota Belud.