Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 30 Ogos 2015

PROGRAM SANTAI SEHATI SEJIWA SEMPENA HARI KEBANGSAAN GABUNGAN KRT TAMAN NIKMAT, KRT HOSPITAL KOTA BELUD DAN SMRC HOSPITAL KOTA BELUD SABAH

Program Santai Sehati Sejiwa bersempena Bulan Kebangsaan gabungan KRT Taman Nikmat, KRT Hospital dan SMRC Hospital Kota Belud telah diadakan dengan jayanya. Antara aktiviti Pertandingan Karaoke Merdeka Terbuka, penyerahan jersi Kontigen SMRC Hospital Kota Belud dan penyerahan hadiah kepada pemenang pertandingan. Bagi pertandingan karaoke merdeka ini dimenangi oleh  En. Ahmad Bin Rijiki, temapat kedua En Jaidi Otikul dan ketiga En Roslin Samil. Manakala En. Abdul Manaf Hj. Abdul Rahman mendapat hadiah istimewa dengan memakai pakaian kemas bertema Kemerdekaan.
Pengerusi KRT Taman Nikmat yang turut hadir juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. Banyak program telah diatur sempena hari bersejarah ini bagi meyemarakkan nilai perpaduan yang harmoni dari generasi baru sehingga peringkat atasan. Akan tetapi, amatlah rugi sekiranya program sebegini tidak dihayati dengan mendalam. Anak muda ketika ini merasa hidup dunia yang senang kerana ada sejarah perjuangan ikhlas membebaskan negara ini dari penjajah. Di Sabah, kita sememangnya bangga dengan setiap lapisan masyarakat kerana masih lagi mengekalkan perpaduan sebagai asas keharmonian kehidupan walaupun kita berbilang bangsa, 
Melihat Tema Hari Kebangsaan jelas menggambarkan seluruh rakyat malaysia satu hati satu jiwa berdiri megah bersama. Oleh itu, program hari kebangsaan perlu menekankan kepada Perpaduan dan Bersatu apabila Sehati Sejiwa digunakan sebagai Tema hari Kebangsaan tahun 2015.
Turut hadir Pengerusi KRT Hospital Mohd Basri Bin  Lalah, Timbalan Penegrusi KRT Taman Nikmat En Asran Bin Hj Suin, Pengurus Telekom Kota Belud En Amidi Darus, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En Abel Mustapha, Pengurus SMRC Hospital Kota belud Dr. Hafizudin Hamzah, Pengurus Bola Tampar SMRC Hospital Kota belud En. Azizan Bin Hj. Azlan dan warga setempat. Hadiah disumbangkan oleh Telekom Malaysia diwakili En. Amidi Darus.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan