Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Isnin, 3 Ogos 2015

KEMPEN KIBARAN JALUR GEMILANG "JIRANKU SEHATI,SEJIWA" DAN ERATAN PERPADUAN DUA KAWASAN RUKUN TETANGGA



"Sehati, Sejiwa" tema Hari Kebangsaaan pada tahun ini dan mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan seluruh rakyat di negara ini dan harus diterapkan terutama sekali di daerah Kota Belud ini.

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat KRT Taman Nikmat adalah tradisi yang telah diadakan setiap tahun. Melalui Kempen Pengibaran Jalur Gemilang ini diharapkan agar seluruh warga KRT Taman Nikmat dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi Negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya, serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

Kemerdekaan adalah satu nikmat yang patut disyukuri. Oleh itu, seluruh rakyat mesti terus menghargai nikmat kemerdekaan ini dengan berusaha ke arah memperkukuh perpaduan serta bekerja keras dalam mencapai taraf negara maju yang sepadau dalam perpaduan.Di bulan kemerdekaan inilah kita seharusnya mengimbas kembali segala usaha yang dilakukan untuk membina negara serta cabaran-cabaran yang dihadapi supaya kita terus memperbaharui iltizam untuk membina sebuah negara yang aman damai dan harmoni sesama rakyat. Turut sama dalam Perasmian Kempen ini Pengerusi KRT Taman Nikmat En. mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, Timbalan Pengerusi En. Asran Bin Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Bin Mustapha dan Ahli Jawatankuasa tertinggi KRT Taman Nikmat.

Turut diadakan Perlawanan Persahabatan Futsal di antara Jiran muda KRT Taman Nikmat dan Jiran Muda KRT Kg. Lebak Moyoh juga telah diadakan di Gelanggang Futsal Kg. Lebak Moyoh Kota Belud. Perlawanan tersebut telah diadakan bagi mengeratkan lagi silatrurrahim antara KRT Taman Nikmat dan KRT Kg. Lebak Moyoh. Sebahagian daripada warga KRT Taman Nikmat dan Kg, Lebak Moyoh turut hadir ke lokasi perlawanan untuk memberikan semangat serta memeriahkan lagi suasana program tersebut.
Jalinan perpaduan antara kedua-dua KRT ini sudah lama terbina dan perlawanan persahabatan seperti ini adalah langkah yang sangat baik untuk terus mengeratkan perpaduan selamanya. Turut serta Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, Pengerusi KRT KG. Lebak Moyoh Pn.Saineh Binti Uli, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Bin Mustapha dan Penyelaras Jiran Muda KRT Kg. Lebak Moyoh Ahmad Azizi Bin Jandan.


 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan