Salam Perpaduan
Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.
"Jiran Sepakat Membawa Berkat"
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI
Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!
Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.
Sekian.
"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"
Mahmudin Hj Md Onon
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga
Taman Nikmat Kota Belud
Khamis, 26 Mei 2016
PERLAWANAN PERSAHABATAN TENNIS KRT TAMAN NIKMAT BERSAMA KELAB TENIS INSTITUT PERTANIAN SABAH (IPS) TIMBANG MENGGARIS KOTA BELUD
Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj Mohd Onon, perlawanan persahabatan seperti ini adalah salah satu medium menjalinkan silaturahim kepada masyarakat setempat khususnya di Kota Belud ini. Selain itu, ini adalah pendedahan untuk sukan tennis kerana ketika ini hanya beberapa jenis sukan sahaja yang biasa dimainkan oleh masyarakat seperti bola sepak . Oleh itu, KRT Taman Nikmat menggunakan sukan Tennis pula sebagai medium dan sukan ini ternyata mendapat sokongan dan sambutan bagi penggemar sukan tennis khususnya di dalam daerah Kota Belud. Kita tidak mengetahui sebenarnya terdapat pemain tennis yang berbakat di dalan Daerah Kota Belud ini. Ini sekaligus dapat mengetahui Kota Belud juga tidak ketinggalan dalam acara sukan tennis. Harapan Pengerusi agar ada lagi warga Kota Belud am nya mahu mengetahui sukan ini dan belajar untuk bermain agar Kota Belud tidak ketandusan pemain pelapis kelak.
Menurut ketua kelab Tennis IPS Timbang Menggaris En. Jepirin Bin Pinsin, tennis adalah sukan yang sangat menarik. Sayangnya hanya segelintir sahaja yang berminat bermain dengan sukan ini walhal kos untuk bermain tennis tidaklah begitu mahal. Beliau memuji KRT Taman Nikmat kerana berusaha mengembangkan sukan jarang dimainkan ini kepada masyarakat umum.
Sebelum perlawanan bermula, sesi peneyerahan Cenderahati juga turut diadakan dengan Pengerusi KRT Taman Nikmat menyerahkan kepada Ketua Kelab Tennis IPS disaksikan pemain kedua-dua pasukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan