Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 31 Mei 2016

MISI BANTUAN MANGSA KEBAKARAN UNTUK PENDUDUK KG. LANDUNG AYANG KUDAT OLEH KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD

KRT Taman Nikmat Kota Belud telah mengadakan konvoi misi bantuan kebakaran yang telah menimpa keatas 250 buah rumah melibatkan 1000 orang penduduk di Kg. Landung Ayang Kudat. Misi ini bertujuan mengedarkan sumbangan-sumbangan yang diperolehi dari warga KRT Taman Nikmat berupa pakaian dan makanan.

Mengetuai Konvoi Misi ini ialah Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon berkata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiada kata yang mampu lagi diungkap lebih-lebih lagi dengan kedatangan bulan Ramadhan yang menjelang tiba ini akan menjadi lebih bermakna kepada mereka sekiranya kita sesama insan dapat membantu untuk meringankan beban yang ditanggung. Sedikit sumbangan pada mata kita sebenarnya adalah amat bernila sekali dihati mereka. 

Ketua Kampung Kg. Landung Ayang Hj. Nunong Bin Ibrahim yang menyambut kedatangan konvoi bantuan ini rasa bersyukur dengan sumbangan warga KRT Taman Nikmat. Sememangnya ini merupakan  sifat  kemanusiaan mulia yang tinggi dan saya mengucapkan jutaan terima kasih.

Ahli-ahli konvoi bantuan ini juga turu dibawa untuk melihat sendiri keadaan kampung yang sememangnya telah hangus terbakar sama sekali. Adalah menjadi tanggungjawab untuk semua warga Negeri ini terus memberi bantuan dan sokongan terhadap mangsa-mangsa ini.

Sumbangan juga disalurkan daripada Syarikat Telekom Malaysia dan juga menawarkan bantuan kenderaan bagi menghantar sumbangan-sumbangan tersebut. Tidak ketinggalan Syarikat Auto Part Kota Belud menyalurkan sumbangan Turut serta didalam Konvoi Misi Bantuan Kebakaran ini Pegawai Pengiring Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kota Belud En. Mohd. Bisi Bin Jamit, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Bin Mustapha, Pengurus Telekom Malaysia Daerah Kota Belud En. Amidi Bin Darus dan AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat Kota Belud.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan