Salam Perpaduan
Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.
"Jiran Sepakat Membawa Berkat"
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI
Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!
Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.
Sekian.
"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"
Mahmudin Hj Md Onon
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga
Taman Nikmat Kota Belud
Rabu, 31 Ogos 2016
SAMBUTAN AMBANG MERDEKA SEHATI SEJIWA 2016 PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD
Selasa, 16 Ogos 2016
"PERLAWANAN PERSAHABATAN TENNIS SEHATI SEJIWA" KRT TAMAN NIKMAT DAN KELAB TENNIS SURIA KOTA KINABALU
Khamis, 4 Ogos 2016
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 1 JIRAN 1 JALUR GEMILANG SEHATI SEJIWA PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT
Sudah seperti menjadi adat bagi AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat untuk menyambut hari Malaysia pada peringkat KRT Taman Nikmat ini bagi memastikan perpaduan dan keharmonian di kawasan ini terus terpelihara. Sehubungan dengan itu, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah melancarkan 'Kempen Kibar Jalur Gemilang 1 Jiran 1 Jalur Gemilang Sehati Sejiwa'.
Menurut Pengerusinya En, Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, tema ini diambil bagi peringkat Taman Nikmat dan digabungkan dengan tema kebangsaan tahun ini iaitu Sehati Sejiwa. Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016. Jelas tema ini menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia zamnya dan khasnya di Negeri ini. Di daerah ini, warga KRT Taman Nikmat diketahui terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Semestinya dengan kibaran Jalur Gemilang di setiap rumah di dalam KRT Taman Nikmat sudah tentu warga lebih dapat menyemarakkan dan menghayati lagi tema kebangsaan pada tahun ini.
Turut sama dalam pelancaran kempen ini Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Bin Mustapha, AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat, Jiran Muda dan Warga KRT Taman Nikmat.
Rabu, 3 Ogos 2016
MAJLIS JALINAN MESRA PERPADUAN RUKUN TETANGGA DAERAH KOTA BELUD 2016
Majlis dirasmikan oleh Ybgh. Puan Delin Liet Blaun, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sabah. Menerusi ucapan beliau, rukun tetangga yang ada sedia kini seharusnya mentrasformasikan fungsi kearah yang lebih tinggi. Beliau mengesa agar lebih banyak aktiviti-aktiviti penjanaan ekonomi setempat di dalam kalangan ahli rukun tetangga di pertingkatkan. Selain menjaga dan mengukuhkan perpaduan, rukun tetangga seharusnya bertindak sebagai agen dalam membantu ahli dalam menambahkan pendapatan ahli. Saranan Transformasi rukun tetangga ini sememangnya membuka lembaran baru didalam menigkatkan martabat rukun tetangga. Pengarah juga memuji beberapa rukun tetangga di kawasn Kota Belud ini kerana berjaya menghasilkan rukun tetangga yang berani untuk proses transformasi ini.
Turut hadir ke majlis ini En. Bisi Bin Jamit, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Beluid, En. Mohd Syazli Madsah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud 2, En. Risin Bin Sikin, Penggerak Perpaduan Masyarakat PPNIN Kota Belud, Pengerusi Penyelaras Rukun Tetangga En Sibil Uli, Timbalan Pengerusi Penyelaras Rukun Tetangga Tuan Hj Duyuk Bin Tahir, Setiausaha Penyelaras Rukun Tetangga En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, Bendahari Penyelaras RT Tuan Hj. Ramle Marul, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Pengerusi-Pengerusi KRT Daaerah Kota Belud dan warga Rukun Tetangga Daerah Kota Belud.