Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 4 Ogos 2016

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 1 JIRAN 1 JALUR GEMILANG SEHATI SEJIWA PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT


Sudah seperti menjadi adat bagi AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat untuk menyambut hari Malaysia pada peringkat KRT Taman Nikmat ini bagi memastikan perpaduan dan keharmonian di kawasan ini terus terpelihara. Sehubungan dengan itu, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah melancarkan 'Kempen Kibar Jalur Gemilang 1 Jiran 1 Jalur Gemilang Sehati Sejiwa'.

Menurut Pengerusinya En, Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, tema ini diambil bagi peringkat Taman Nikmat dan digabungkan dengan tema kebangsaan tahun ini iaitu Sehati Sejiwa. Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016. Jelas tema ini menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia zamnya dan khasnya di Negeri ini. Di daerah ini, warga KRT Taman Nikmat diketahui terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Semestinya dengan kibaran Jalur Gemilang di setiap rumah di dalam KRT Taman Nikmat sudah tentu warga lebih dapat menyemarakkan dan menghayati lagi tema kebangsaan pada tahun ini. 

Turut sama dalam pelancaran kempen ini Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Bin Mustapha, AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat, Jiran Muda dan Warga KRT Taman Nikmat.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan