Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 16 Ogos 2016

"PERLAWANAN PERSAHABATAN TENNIS SEHATI SEJIWA" KRT TAMAN NIKMAT DAN KELAB TENNIS SURIA KOTA KINABALU


Perlawanan Persahabatan Tennis Sehati Sejiwa antara KRT Taman Nikmat bersama Kelab Tennis Suria Kota Kinabalu telah berlangsung di Gelanggan Tennis Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu. Perlawanan Persahabatan ini adalah Sempena Hari Malaysia bagi tahun 2016. Tema Persahabatan Tennis Sehati Sejiwa ini diambil bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia.

Pengerusi KRT Taman Nikmat berkata tiada apa yang lebih hebat berlaku di Negara kita ini selain dapat bersatu padu dalam kepelbagaian budaya dan bangsa. Sekiranya Negara dalam kekacauan maka sukar bagi rakyat untuk beridah dan menjalankan aktiviti harian dengan lebih aman dan tenang. Sukan seperti ini hanya medium sahaja. Sebenarnya, yang menjadi tonggak keamanan dan keharmoniaan ialah hati kita mestilah selari dengan menjiwai 5 rukun Negara yang di pegang selama ini. Tidak kira dari setiap lapisan masyarakat, fahamilah Rukun Negara ini dengan telus. Maka kita akan dapat belajar menjadi warga negara yang lebih bertanggungjawab.


Turut serta dalam perlawanan ini Presiden Kelab Tennis Suria Tuan Hj. Zahrin. Juga warga KRT Taman Nikmat, Jiran Muda Taman Nikmat dan ahli Kelab Tennis Suria.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan