Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 4 Mac 2017

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN MINGGU SUKAN 3 PENJURU KRT TAMAN NIKMAT. KRT HOSPITAL DAN KRT KG. PIRASAN KOTA BELUD



Satu majlis penutupan dan penyampaian hadiah bagi sukan 3 penjuru Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud. KRT yang terlibat iaitu KRT Taman Nikmat, KRT Hospital dan KRT Kg. Pirasan.

Majlis dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Bisi Bin Jamit. Dalam ucapan, beliau memberi penekanan agar mengingati objektif bagi sukan ini diadakan. Beliau berasa gembira kerana KRT yang terlibat dapat menterjemahkan apa itu persaudaraan melalui sukan. Tiada sifat negatif yang dicetuskan dan peserta pertandingan beriadah dengan semangat sukan yang tinggi. Oleh itu, ketiga tiga KRT yang terlibat boleh menjadi contoh yang baik dalam menjadikan sukan sebagai medium perpaduan.

Antara sukan yang dipertandingkan iaitu Tennis dan Bola Tampar. Johan bagi pertandingan tenis bergu dimenangi oleh En. Datu Manaf Datu Unjung berpasanagn denga En. Mohd Aiman Isswady Mohammad.Tempat Kedua disandang En Alvin Ginsip dan En Jefri Mohd Rawi dan tempat ketiga En Azran Sood bersama En Fadli Jumah. Hadiah Khas Ransangan Tenis Tunas Jiran diberikan kepada adik Amirah Bt Fadli. Pertandingan Karaoke juga dipertandingkan pada majlis ini. Johan disandang Adik Azizul Osman dan pasangan, Tempat kedua dimenangi En. Mohammad Fauzan Mahamudin dan Ahmad Fikhri Mahamudin dan ketiga En Jefry. Hadiah disumbangkan oleh Syarikat KB Autopart dan Syarikat Aras Gemilang Enterprise.

Hadir dimajlis ini Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, Pengerusi KRT Hospital En Mohd Basri Bin Lalah, dan Pengerusi KRT Kg. Pirasan Tuan Hj Duyuk Bin Hj Tahir. Turut sama Sarjan Aznizam dari Angkatan Tentera Kota Belud, En Amidi Bin Darus dari Syarikat Telekom Kota Belud, En Azran Sood Bendahari Kelab Tenis Kota Belud, Penyelaras Jiran Muda JRT Taman Nikmat En Abel Mustapha, En Fadhli Jumah Penyelaras Jiran Muda KRT Hospital, En, Saleh Teni Bendahari KRT Hospital Kota Belud dan AJK tertinggi dari setiap KRT.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan