Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 31 Mac 2017

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR ALA PANTAI 6 SEBELAH DIANTARA KRT TAMAN NIKMAT DENGAN KRT LINGKODON

KRT Taman Nikmat meneruskan aktiviti pada bulan ini dengan mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar ala pantai bersama KRT Lingkodon Kota Belud bertempat di gelanggang bola tampar  KRT Lingkodon.

Pengerusi KRT Taman Nikmat En Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon melihat ada beberapa disiplin sukan didaerah ini diubah mengikut kesesuain tempat. Contohnya seperti sukan bola tampar pantai yang dimainkan di sini. Secara umumnya, standard bola tampar pantai hanya memerlukan 2 orang pemain sahaja. Namun, standard antarabangsa ini tidak digunakan dan masih menggunakan 6 orang pemain. Ini kerana pada pengamatan saya bermain secara beramai ramai mampu menghidupkan suasana beriadah dengan lebih riuh dan riang. Saya menyifatkan bahawa sukan ini mampu dikomersialkan ke peringkat yang lebih tinggi. Secara tidak langsung juga tentu sekali kita boleh mengeratkan komuniti kerana sukan medium terbaik dalam perpaduan.


 Pengerusi KRT Lingkodon En. Selamat Bin Soor mengucapkan terima kasih kepada KRT Taman Nikmat atas kunjungan perlawanan persahabatan ini. Beliau juga berharap agar kunjungan ini akan diteruskan agar persaudaraan antara KRT khususnya di dalam daerah ini terus kukuh. Turut hadir dalam perlawanan persahabatan ini Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Bin Mustapha, Penyelaras Jiran Muda KRT Lingkodon Ruddi Bin Serbi, Jiran Muda KRT Taman Nikmat dan Jiran Muda KRT Lingkodon.  





Tiada ulasan:

Catat Ulasan