Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 8 Jun 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERTAMA

BARCELONA 3

ANWAR
MD. ILHAMI
KHAIRUL (OG)

vs

CHELSEA 3

HAZIQ (OG)
HARITH ASRAF
AHMAD FIKHRI


GAMBA OSAKA 2

JAINUDDIN
JUSILIN

VS

AL ITTIHAD 3

ASRAN
MAHMUDIN
ASYRAF MAHMUDIN


INTER MILAN 6

SUZAIMIE (2)
AZAN (3)
SUHAIMIE

VS

BAYERN MUNCHEN 0

7 ulasan:

  1. senarai penjaring

    azan 3 gol

    suzaimie 2gol

    1 gol
    anwar,ilhami,harith asyraf, ahmad fikhri,asran, mahmudin, asyraf mahmudin, jainuddin, jusilin dan suhaimie.

    BalasPadam
  2. perhatian:

    ketogori pemenang yang akan diambil kira :

    penjaring terbanyak
    pemain bersih (disiplin)
    pemain terbaik
    gol keeper terbaik

    BalasPadam
  3. datang awal sblum jam 8.. pastikan jadual kumpulan anda..

    BalasPadam
  4. Kalau hujan tak berhenti juga shgga jam 7 mlm, tak kan prlawanan ditrueskan juga. Keselamatan Pemain kena utamakan..kan?

    BalasPadam
  5. Salam..Pengendali blog ni..Tolong set jam di blog ni.., macam tak betul. (Kalau pandailah..)klu tak reti juga, minta tolong org IT..

    BalasPadam
  6. Buat jg ruangan Chatting..and bykkan info brkaitan Taman Nikmat or invite penulis lain utk menulis di blog ini...k

    BalasPadam
  7. buat juga group di facebook..
    banyak warga taman nikmat yg ada facebook juga..

    BalasPadam