Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 15 Jun 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP KRT TAMAN NIKMAT SEMPENA PROGRAM KENALI JIRAN DAN CUTI SEKOLAH 2010










MAJLIS PENYAMPAIAN HADAIAH TELAH DISEMPURNAKAN OLEH KEDUA-DUA PENOLONG PEGAWAI PERPADUAN DAERAH KOTA BELUD EN. BISI JAMIT DAN CIK MARRY TAI PADA 12 JUN 2010.

MAJLIS INI DIADAKAN DI PERKARANGAN PONDOK SRS DAN DIHADIRI OLEH PARA PESERTA PERTANDINGAN, AHLI JAWATANKUASA KRT TAMAN NIKMAT DAN PENDUDUK.

PARA PEMENANG TELAH MEMNERIMA HADIAH BERBENTUK PIALA DAN HAMPER.

MENURUT UCAPAN DARIPADA EN. BISI, PROGRAM INI SEHARUSNYA DITERUSKAN PADA MASA AKAN DATANG TERUTAMANYA PADA MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN AGAR PARA PELAJAR DAPAT MEMANAFAATKAN MASA YANG TERLUANG DAN PROGRAM INI SECARA LANGSUNG DAPAT MEMBANTU MENGENALI JIRAN SETEMPAT.

PENGERUSI KRT TAMAN NIKMAT JUGA TURUT MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SYARIKAT AWANG TAHIR. SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA BHD. (AMIDI DARUS), KB AUTO PART ( EN. VOON)DAN EN. AHMAD RISKIN KERANA SUDI MENYUMBANGKAN PIALA DAN HAMPER UNTUK PERTANDINGAN INI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan