Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Isnin, 16 Mei 2011

LAWATAN JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN KRT DERH KOTA BELUD BERSAMA YB. DATUK JAPLIN BIN. HJ. AKIM, PEMBANTU PEMBANUNAN INFRASTRUKTUR SABAH KE SARAWAK










Tanggal 13 - 16 Mei 2011, satu program lawatan 43 AJK permuafakatan RT Kota Belud bersama Pemimpin Yg. Berhormat Datuk Japlin bin Hj. Akim, ADUN Kawasan N8. Usukan dan selaku Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah ke Negeri Sarawak.

Selain Yb. Datuk Japlin Bin. Hj. Akim, turut serta dalam lawatan ini Pengarah JPNIN Negeri Sabah,YBH.Pn. Nurul Akmalina Binti Hj. Shamsuddin, En. Mohd. Bisi Bin Jamit dan Cik Marry Tai, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, Pegawai Perpaduan Kota Kinabalu Pn. Rosimah bt Mulshirin, En. Sibil Uli, Pengerusi Penyelaras RT Daerah, En. Mahamudin bin Hj. Md. Onon, Setiausaha Penyelaras RT Daerah/Pengerusi KRT Taman Nikmat, En. Ramlie Marur, Bendahari Penyelaras RT Daerah dan Pengerusi-pengerusi KRT Daerah Kota Belud.

Lawatan 4 hari ini disi dengan beberapa program lawatan seperti lawatan ke Kampung Budaya, Kilang Membuat Kek Lapis Sarawak dan Lawatan Ke Serikin. Pada malam terakhir di Sarawak, Kesemua tetamu di raihkan dengan malam mesra oleh KRT S41 Kuching, sempena Hari Gawai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan