Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 19 Mei 2011

LAWATAN MUHIBBAH DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN KRT TAMAN NIKMAT KE DAERAH PENAMPANG







Pada 18 Mei 2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah membuat lawatan muhibbah dan perlawanan persahabatan bola tampar bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Penampang. Selain bola tampar, KRT Taman Nikmat juga telah membuat perlawanan persahabatan futsal bersama Jabatan Kesihatan Kawasan Daerah Penampang yang bertempat di gelanggang futsal penampang. Perlawanan ini turut dihadiri oleh pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Hj. Md Onon dan Inspektor Kesihatan kawasan Penampang En. Azlan Hassan. Lawatan Muhibbah dan perlawanan persahabatan ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi keharmonian dalam kejiranan dan integrasi antara penduduk luar lingkungan komuniti. Program ini juga di isi dengan sesi pertukaran cenderahati. Tempoh program ini dijalankan dari 4 p.m hingga 8 p.m.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan