Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 29 Mei 2011

MAJLIS PERASMIiAN PROGRAM "JIRANKU KELUARGAKU"PERINGKAT KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT KOTA BELUD








Pada 29 Mei 2011 jam 8.00 malam majlis perasmian dan penyampaian hadiah pertandingan Futsal sempena program Jiranku Keluargaku oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En, Bisi Bin Jamit. Dalam program ini jemputan khas yang telah hadir Chif Inspektor Norazmi, Pengetua SMK Pekan 2 Datu Matlan Datu Unjung,Pegawai kanan PDRM Kota Belud, AJK KRT Taman Nikmat dan Warga KRT Taman Nikmat. Pengisian program pada malam itu ialah ucapan dari Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Hj Md. Onon,ucapan persmian oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Bisi B. Jamit, Penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan Futsal, Sijil Penghargaan kepada Syarikat KB Autopart(En.Vun), Syarikat Awang Tahir, Syarikat Telekom Malaysia Kota Belud (En.Amidi) dan penghargaan kepada PDRM Kota Belud. Dalam program pengerusi merakamkan terima kasih kepada PDRM Kota Belud atas kerjasama dalam menjayakan program Jiranku Keluargaku tidak lupa kepada jiran muda bertungkus lumus menjayakan program ini dan jiran Wanita telah menyediakan makan dan minum semasa pengisian gotong royong dan perasmian program pada malam tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan