Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 21 Julai 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KEDUABELAS DIKEDIAMAN EN. MUMIN YUSUF








Pada 21 Julai 2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan Program Ziarah Jiranku Keluargaku yang keduabelas bertempat di kediaman En. Mumin Bin Yusuf.Ini adalah program mingguan yang diadakan dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat ini.

Antara pengisian ini solat Magrib dan Isya berjemah, bacaan Yasin, Tahlil dan tazkira pada malam tersebut telah di sampaikan oleh Ustaz Samsudin tajuk Tazkirah kedatangan Bulan Ramadhan dan check list diri dalam hari-hari ramadhan selama tiga puluh hari yang telah di wajibkan.

Selain Dari pengisian di atas AJK Dan Warga KRT Taman Nikmat telah mengadakan
solat Hajat berjemaah memohon kepada Allah, agar sahabat kami Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud En. Bakrin Bin Hj Yusuf yang telah di masukkan ke Hospital Damai supaya sehat sejetra dan dapat menjalankan tugas beliau. Solat Hajat ini di bimbing oleh Ustaz Rasidi. Turut hadir dalam program ini Pengerusi KRT, AJK KRT,Jiran Muda,Jiran Wanita dan wagra KRT Taman Nikmat.

Untuk makluman kepada AJK dan Warga KRT Taman Nikmat, Program Ziarah Jiranku Keluargaku Yang ketigabelas dan (Megang) diadakan pada 28 Julai 2011 dikediaman En. Jenati Sungoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan