Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 23 Julai 2011

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT











Pada 23 Julai 2011, jam 8 malam pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Antara pengisian sambutan ini seperti :

1. Ceramah keselamatan jenayah komuniti sejiran dan Rakan COP daripada PDRM Kota Belud.
2. Pertemuan sejiran sempena Nisfu Syaa'ban.
3. Kempen satu jiran satu jalur gemilang.
4. Santai satu taman dan cabutan bertuah.

Perasmian program sambutan Bulan kemerdekaan peringkat KRT Taman Nikmat telah di Rasmikan oleh Pengawai Perpaduan Daerah En. Bisi Bin Jamit symbolic perasmian penyerahan jalur gemilang kepada pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin H.j Mohd Onon.

Tetamu kehormat yang hadir dalam program ini Ketua Polis Daerah Kota Belud DSP Mohan Nadasen. Dalam program bersama KRT Taman Nikmat ini, DSP Mohan telah membuat ucapan dan seranan mengenai dengan keselamatan kejiranan dan pendekatan pro aktif di laksanakan bagi menjamin keselamatan serta kesejahteraan penduduk dan rakyat di semua peringkat serta keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

Turut sama dalam program ini pegawai-pegawai kanan PDRM Kota Belud, AJK KRT, Jiran Muda, Tunas Jiran, Jiran Wanita dan Warga KRT Taman Nikmat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan