Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 30 Julai 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KETIGABELAS DIKEDIAMAN EN. JENATI SUNGOH








Pada 28 Julai 20011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan program ziarah Jiranku Keluargaku yang ketigabelas. Program ini adalah program berakhir untuk fasa pertama, bagi perkataan bahasa tempatan (Megang). Program ziarah Jiranku Keluargaku di kediaman En. Jenati Sungoh. Ini adalah Program mingguan yang diadakan dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat.

Antara pengisian ini Solat Magrib dan Isya berjemaah, Bacaan Yassin, Tahlil dan Tazkirah pada malam tersebut telah di sampaikan oleh Ustaz Ar-Refae. Tajuk Tazkirah sambutan dan kemulian Bulan Ramadhan. Turut hadir dalam majlis ini Pengerusi KRT Taman Nikmat, Pengerusi KRT Kg Perasan, AJK KRT, Warga KRT Taman NIkmat dan jemputan dari luar kawasan .

Untuk makluman kepada AJK dan Warga KRT Taman Nikmat Program Zirah Jiranku Keluargaku akan di teruskan untuk fasa kedua dan dipelawa kepada warga KRT Taman Nikmat untuk menyertai program ini. Tahniah dan terima kasih Kepada AJK dan Warga KRT Taman Nikmat Yang telah menjayakan program Ziarah Jiranku Keluargaku fasa pertama ini. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha yang murni ini insaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan