Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Isnin, 4 Julai 2016

MAJLIS BERBUKA PUASA RAMADHAN 2016 AHLI JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT KOTA BELUD

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, satu majlis berbuka puasa Ahli Jawatankuasa bersama keluarga Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah diadakan bertempat di kediaman Pengerusi KRT Taman Nikmat.

Majlis berbuka puasa ini bukan sahaja untuk mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan bulan Ramadhan. Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd. Onon mengambil kesempatan untuk  mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua Ahli Jawatankuasa KRT Taman Nikmat diatas komitmen dalam keterlibatan kesemua program KRT Taman Nikmat. Menyumbanagkan kudrat tanpa bayaran bukan perkara yang mudah. Namun, bukan itu yang dicari akan tetapi bersikap dan bersifat untuk mahu masyarakat hidup bersatu dan harmoni adalah matlamat yang padu dipegang. Akhirnya, penduduk KRT Taman Nikmat dapat merasa hidup aman, harmoni dan tenteram. Tidak lupa jua, penghargaan kepada pihak kerajaan yang mewujudkan pertubuhan sebegini untuk keselesaan da keamanan rakyat.


Turut hadir ke majlis ini Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En Asran Bin Hj Suin, Setiausaha En. Nasdin Bin Pumpunga, Bendahari En. Rasim Bin Sahali, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Bin Mustapha, Ahli Jawatankuasa dan keluarga.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan