Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 17 Julai 2016

EKSPIDISI DAKIAN JATI DIRI GUNUNG KINABALU JIRAN MUDA KRT TAMAN NIKMAT

KRT Taman Nikmat telah menghantar seramai 7 orang peserta Jiran Muda dalam Ekspidisi Dakian Jati Diri Gunung Kinabalu.

Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon berkata penglibatan Jiran Muda dalam program mencabar sebegini sebenarnya dapat membentuk jati diri yang utuh kedalam jiwa. Mereka semua masih muda dan memerlukan pengalaman yang sihat seterusnya dapat mengenal diri sendiri. Pengalaman ini boleh mematangkan diri terutama dalam aspek menghargai setiakawan. Selain itu, Jiran Muda ini boleh mengenal juga keindahan alam flora yang terdapat di negeri ini agar dapat dipelihari untuk generasi mendatang.

Peserta program ini juga menggambarkan pengalaman yang sukar dilalui dan dilupakan. Pengalaman yang paling mencabar ketika perjalanan awal pagi ke puncak dan kebanyakan peserta tidak berjaya di peringkat ini. Jika tiada keazaman dan kekuatan mental agak mustahil untuk sampai ke puncak teringgi Asia Tenggara ini. Sedar akan misi untuk membawa nama KRT Taman Nikmat ke puncak, kegigihan ditambah dan akhirnya berjaya.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan