Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 10 Julai 2016

RUMAH TERBUKA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2016 KRT TAMAN NIKMAT


Tradisi Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri diteruskan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat pada tahun ini  yang diadakan di kediaman rumah Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd. Onon. Pengunjung terdiri dari kaum keluarga, sahabat andai dan warga KRT Taman Nikmat dari pelbagai kaum dan bangsa telah mula mengunjungi rumah terbuka ini.

Pengerusi berkata, hari raya yang disambut ini hendaklah disertakan dengan keharmonian dalam kepelbagaian kaum dan bangsa terutama di Negeri Sabah. Andai kata perayaan sebesar ini tidak dirayakan dengan keamanan maka keriangan dan keceriaan tidak akan dikecapi. Kita juga patut bersyukur dan berusaha untuk mengekalkan silaturahim yang sedia ada terjalin kini.

Pengerusi juga menyerahkan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang menghadiri majlis rumah terbuka ini. Turut menghadiri rumah terbuka ini Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Bendahari En. Rahim bin Sahali, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, Penyelaras Jiran Wanita Puan Nuati Adsad, AJK Tertinggi dan warga KRT Taman Nikmat.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan